Showing posts with label Aneka Puding. Show all posts
Showing posts with label Aneka Puding. Show all posts

Monday, October 5, 2009

Order Di Bulan Ramadhan

Posted by Photo Journey & Dapur & Oven at Monday, October 05, 2009 1 comments
Baru sempat nak update order di bulan Ramadhan & Hari Raya... Sibuk ngan order kuih raya & Coklat, tapi sempat lagi amik order utk kek semua.. Kek & Cupcakes untuk raya yang diorder dari customer aku buat Khamis malam(17/9/09) sampailah ke tgh hari Jumaat. Satu malam aku tak tdo nak siapkan tempahan. Memang letih sesangat (tula..sapa suh amik order byk sgt) Sib baiklah coklat & kuih raya dah siapkan awal2 lagi. Disebabkan kek siap lambat, kami bertolak blk kampung dh kul 2 ptg & selamat sampai umah Hubby kt Kbg Kerian kul 7 ptg. Sedang elok jer nak berbuka. On the way blk pun singgah kt Grik nak bagi 2 biji kek kat kawan aku. Then singgah kt Ketereh bagi tart & Cupcakes yang diorder oleh kawan aku gak..Sepanjang perjalanan balik aku tidur tak ingat dunia, jam ke tak jam ke aku tak tahu pun. Sian My Hubby drive sorang2...

Cupcakes order dari Elia untuk besday adiknya di bulan puasa.

Kek Keladi order dari K.Yasmin, Nani & My SIL.. Kek Keladi ni aku terpaksa naikkan harga utk menanggung harga ubi keladi yang dh mahal... Saiz 9" RM 40 & saiz 7" RM 25

Coklat Courverture order dari Nani(Neighbour) 2 balang, Haiza 3 Balang, My SIL 2 balang

Marble Cheese Brownies 0order dari my SIL & Aida di Grik

Peach Layer Cake order dari Aida(Grik) & Yatie Chomeyl..

Sheperd Pie order dari Mija

Kek Coklat order dari My SIL, Kak Siah(My Neighbour) & Maziah. Decoration sama jer semua coz otak dh tak larat nak pikir nak buat camner.

Cupcakes order dari My friend Shah kt Ketereh.

Coklat ni order dari Mija. Dia nak 20 biji dlm satu bekas

Cupcakes ni order dari Yatie Chomeyl... Yatie ni sedang further Study kt Jepun with his Hubby. Tapi dia ore Kelate & blk beraya kat Kelantan. Aku kenal melalui blog jer yatie ni.. 1st time jumpa masa bagi kek & cupcakes kt dia. Thanks ye yatie.. Bila blk Malaysia, sudi2kan order lagi ye..

Puding coklat Caramel order dari WaiYing for her brother's befday.

Saturday, August 22, 2009

It's All About My Homemade Cake

Posted by Photo Journey & Dapur & Oven at Saturday, August 22, 2009 3 comments
Selamat Berpuasa semua!!!! dan Selamat Terliur ngan kek-kek ku yang amat lazat ni.. hehehe angkat bakul sendiri... Ini last week punya kek. Selamat tengok sambil telan liur ye.. then kalau teringin or mengidam, boleh order dgnku..

Ini bukan Black Forest, tapi Peach Layer Cake with Fresh Cream Frosting yang diorder oleh Hubbyku sendiri utk Besday Party kat his opis..

Kek Keladi ni order dari K.Farah sempena Anniversary. Happy Anniversary!!! K.Farah ni memang sgt sukakan Kek Keladi ni.. Aku dapat tahu dalam masa sehari dah abis dia makan ngn hubbynya berdua... Cayalah K.Farah... Len kali orderlah lagi...

Ini plak Peach layer Cake untuk Ali.. Saja buat utk dia coz ada lebih kek n peach n kebetulan besday dia 17/8/09 sambil wat kek utk Hubbyku.

Ini plak Puding Coklat Karemel utk Hubbyku bwk g opis.

Ni jemput-Jemput Carrot untuk makan petang pada hari hujan..emmm... sgt sedap.. Carrot pun leh wat jemput2 tau!!. Resepinya aku cipta sendiri. Gandum 2 senduk, carrot 1 btg (cincang n rebus sekejap), Bawang merah 2 ulas, garam skit n air. tu jer.. Cubalah...memang sedap mkn ngn cili sos......

Ini plak Kek Kopi. Aku try resepi dari Buku resepi yang aku beli (Resepi Istimewa). Kek ni sgt sedap tapi tak rasa kopi. Maybe lain kali aku akan tambah Coffee emulco & susu uht perisa kopi. Aku buat Ganache ni pun perisa kopi.


Resepi: Kek Kopi
Sumber: Buku resepi Kek Istimewa (Halimah Shuib)

Bahan-Bahan:
5 biji telur
250 g butter
250 g gula kastor
250 g tepung gandum
50 g serbuk koko
1/2 cawan susu segar
1 1/2 sudu besar serbuk kopi segera
2 sudu teh serbuk penaik
1 sudu teh esen vanilla
1/2 sudu teh garam halus

Cara-Cara:
1. Putar butter & gula hingga kembang, kemudian masukkan esen vanilla, serbuk penaik & garam. Putar hingga sebati.
2. sambil terus memutar, masukkan telur satu persatu, serbuk koko, serbuk kopi, susu & tepung sedikit demi sedikit. Putar hingga sebati.
3. Tuang adunan ke dalam acuan yang telah disapukan lemak sayuran dan beralas kertas minyak.
4. Bakar dalam ketuhar pada suhu 180 c selama 40-45 minit.

Untuk Ganache: Krim Hias Fantasia
Sumber: Rinn Chan

Bahan-Bahan:
200 ml madu
65 g butter
60 g serbuk koko
180 g air suam
250 ml susu cair
40 g tepung gandum
1 sudu teh esen vanilla

Cara-Cara:
1. Bancuh semua bahan kecuali butter. kacau hingga sebati dan tapis untuk mengelak bancuhan berketul-ketul apabila dididihkan
2. Masak seketika di atas api sedrhana, masukkan butter
3. Teruskan mengacau hingga bancuhan mendidih dan menjadi likat serta berkilat.
4. Sejukkan terlebih dahulu sebelum diletak di atas kek.


SELAMAT MENCUBA!!!

Friday, May 22, 2009

This Week Order

Posted by Photo Journey & Dapur & Oven at Friday, May 22, 2009 1 comments
This week semua order kek yang kecik. Tapi skali order aku kene buat 3 biji kek utk hari Khamis n 4 biji kek utk hari jumaat. Thanks semua sebab order dgnku. Next week aku amik order sampai isnin jer coz ari selasa ptg kami akan blk Klantan. Rabu aku ada interview yg sgt penting kt Kuala Terengganu. Khamis plak kami akan bertolak ke KL coz adik aku konvo ari jumaat tu kt Uitm Shah Alam. Skang ni pun dh rs berdebar nk g interview ni huhuhu. Entah apala aku nk jwb nnti.. Doakan aku lulus ye!!

Carrot Cake with Cream Cheese frosting order by K.Irah


Kek Keladi order by K.Farah & Natrah tp last skali Jamil yang beli

Marble Choc Cheesecake order by Nana & Sinjana's friend



Pandan Layer Cake with 'Kelapa Kering' order by En. Zamri

Pandan Layer Cake order by K.Noni

Peach Layer Cake with Fresh Cream Frosting utk Hubby tercinta

Resepi minggu ini......

Rich Choc Pudding... puding ni plain jer. Saja aku layer ngn kek span coz ada extra kek time buat Pandan Layer Cake.

Resepi: Rich Choc Pudding
Sumber: My Resipi

Bahan-Bahan
1/2 cawan serbuk koko
1 cawan gula
1/2 cawan susu tepung
1/2 sudu teh garam
4 1/4 cawan air
4 sudu besar tepung jagung
1/2 s/k esen vanilla
3 s/b butter
1 paket serbuk agar-agar

Cara-Cara
1. Campurkan semua bahan kecuali butter dan kacau selalu hingga mendidih
2. Masukkan butter, kacau hingga pekat
3. Angkat dan masukkan ke dalam loyang atau acuan yang disukai....

SELAMAT MENCUBA!!

Wednesday, March 4, 2009

Puding Roti

Posted by Photo Journey & Dapur & Oven at Wednesday, March 04, 2009 1 comments


Puding Roti aku buat last week lagi. En. Nuli nyer Opismate dapat gak test aku punya puding roti ni. Sedap ke??? Nanti komen ye kalau sedap ke tak sedap. Lehla aku ejas2 apa yang tak kene. Ni first time aku buat Puding roti ni. Resepi ni dari dapur kak Hanieliza. Cam nampak best jer dia nyer Puding. Kak Hanieliza buat siap ada sos kastad lagi untuk dimakan ngn puding ni. Tapi bg aku Puding tu dah manis n sedap dimakan begitu saja. So tak yahla buat sos dia.
Sebenarnya nak study KPLI ni, tak lama lg dh nak exam. Tapi tangan ni dok gatal suh post gambar. hehehe Irdina la ni dok main ngn beg duit aku, suka tul dia sepah2kan duit yang tak seberapa dlm purse aku tu. Duit singgit2 jer byk. Kolor lain, tak derla. Akukan housewife. Gaji tak der.

Resepi Puding Roti
Sumber : Hanie Liza

Bahan-bahan
Bahan A
500 ml Susu segar
8 keping roti

Bahan B
4 sudu besar gula halus
2 sudu besar butter
2 biji telur
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu besar tepung jagung

Bahan C
2 sudu besar kismis hitam. aku boh dried strawberry

Cara-cara:
1. Koyakkan roti dan rendam dalam susu selama 1/2 jam
2. Kacau dan gaul rata Bahan B
3. Masukkan semua bahan kedalam loyang
4. Bakar pada suhu 180 C selama 30 minit / sampai masak

Selamat mencuba!!!
 

Bakelicious By Dapur & Oven Copyright 2009 Sweet Cupcake Designed by Ipiet Templates Image by Tadpole's Notez