Monday, August 17, 2009

Marble Choc Cheesecake & Tiramisu

Posted by Photo Journey & Dapur & Oven at Monday, August 17, 2009 3 comments
Marble Choc Cheesecake order dari K.Farah last week. K.Farah ni selalu order dgn ku. Tima kasih banyak2 K.Farah... & Happy 2nd Anniversary (kalau tak silap arinikan??). Semoga dilindungi Allah selalu dan happy always!!

Tiramisu in Cupcake.....Sajer2 buat nak try resepi. Aku buat 1/2 adunan jer tapi yogurt aku terbubuh utk satu adunan. Tu yang masam skit tiramisu aku tu... Len kali nak buat fikiran jgn melayang ke lain. Nilah jadinya... hehehe.. Tiramisu ni aku buat 2 versi (kopi & coklat)


Resepi: Tiramisu
Sumber: Hanieliza

Bahan-Bahan
1 biji sponge cake 10inx10in
Serbuk Nescafe

Adunan Cheese
1 ketul cream cheese (250g)
1/2 cawan gula kastor
1 cawan yogurt perisa asli (150ml)
2 camca teh gelatin dibancuh dgn 1/4 cwn air panas

Cara-Cara
1. Cream Cheese dipukul hingga berkrim, masukkan gula dan teruskan memukul. Masukkan yogurt dan pukul lagi. Akhir sekali masukkan bancuhan gelatin
2. Potong kek utk buat lapisan dasar tiramisu
3. Tuangkan sebahagian adunan cheese sehingga menutupi kek dan taburkan serbuk nescafe.
* Bilangan lapisan kek dan adunan cheese adalah bergantung kepada saiz bekas yang digunakan.

SELAMAT MENCUBA!!!

Wednesday, August 12, 2009

MomBloggersPlanet Cutest Baby with TOYS Contest

Posted by Photo Journey & Dapur & Oven at Wednesday, August 12, 2009 4 comments





Salam semua..... Kali ni nak update berkenaan dengan Irdina pulak... MomBloggersPlanet ada anjurkan contest.. Tiap-tiap bulan MomBloggersPlanet ni anjurkan. Untuk Bulan ni (August09), MomBloggersPlanet anjurkan Cutest Baby with Toy Contest. Ini julung2 kali Irdina masuk contest. Menang kalah lain cerita, yang penting join contest dulu. Sambil-sambil tu boleh kenal-kenal dengan Blogger-bloger yang lain...

Nama Peserta: Nur Irdina Delisha Binti Mohd Nuruli Azahari
Tarikh Lahir: 16/04/2008


Irdina dan kesayangannya..Mickey Mouse. Beli kat kedai 7-Eleven kat Kota Bharu. Kami singgah 7-Eleven ni untuk beli air, sedang papanya tengah pilih air, Irdina dah terpandang rak yang ada Mickey, terus ambil dan tak nak lepas dah. Dia punyalah cium dan peluk Mickey ni sampai tak nak bagi cashier scan untuk bayar. Part yang Irdina suka ialah part hidung tulah.... suka betul dia gigit hidung Mickey tu... Sejak beli Mickey tu, baru mama tahu Irdina sangat suka kan Mickey dan Minnie Mouse. Kalau pakai baju yang ada Mickey atau Minnie, memang Irdina sangatlah suka dan mulalah sengih jer. Kalau jalan-jalan kat Shopping Complex pun sama gak, kalau jumpa Minnie atau Mickey, Irdina akan peluk dan cium berkali-kali dan tak nak lepas pulak tu.... Masa tukar pampers, kalau nak Irdina duduk diam-diam, bagi jer Mickey atau Minnie kat dia, tentu dia asyik dok sayang-sayang dan gigit hidung. Senang kerja mama nak tukar pampers.... Mickey Mouse ni memang bermakna sangat sebab masa nilah dia yan g baru 7 bulan waktu beli tu, dah pandai tunjuk nak dan pandai sayang kat toys.

Irdina sangat suka bola-bola ni sebab ada Mickey Mouse. Apa saja yang berkaitan dengan Mickey atau Minnie, Irdina akan suka. Bola ni kalau picit ia akan berbunyi macam hon. Lagilah excited sikecik ni. Irdina suka main baling-baling bola dan kalau dia nak main bola, dia akan datang kat kita dan tunjuk bola. Itu bermakna dia nak main baling-balinglah tu...

Ini Music Book Irdina. Nama Music Book ni ialah Storybook Rhymes dari Fisher Price. Dalam ni ada 6 buah lagu kanak-kanak yang menghiburkan seperti I Went To The Animal Fair, The Ants Go Marching, Row,Row,Row Your Boat, One Two Buckle My Shoe, Hickory Dickory Dock & Pat-a-Cake,Pat-a-Cake. Sampai lagi ni dok main dalam kepala mama & papa. Setiap hari Irdina memang Irdina akan suruh mama nyanyi lagu dalam buku ni. Kalau Irdina tak boleh tidur pun mama akan nyanyi lagu-lagu ni untuk Irdina.

Inilah sebakul Irdina dengan toys dia...

Write your opinion about the usage of TOYS in early childhood learning

Memberikan mainan sangatlah penting bagi pertumbuhan dan perkembangan anak. Melalui bermainlah anak akan belajar (play to learn), tetapi menjadi tugas kita untuk memilih mainan yang baik agar buah hati kita dapat mempelajari banyakbenda ketika bermain. Setiap hari bagi anak kita adalah merupakan pelajaran buat mereka. Aktiviti dan permainan adalah salah satu pelajaran untuk perkembangan otak anak-anak kita. Mainan yang ada tekstur, bentuk dan warna yang menarik serta dapat mengeluarkan suara akan membantu anak meneroka dan belajar. Dengan bermain bersama-sama dengan anak, menyanyi, membaca ini akan mengeratkan lagi hubungan seisi keluarga dan seterusnya akan membuat anak-anak sentiasa riang gembira. Akhir sekali, keselamatan harus diutamakan apabila memilih mainan untuk anak-anak kita dan berpada-padalah dalam membeli permainan untuk anak-anak sebab kita juga tidak boleh terlalu mengikut kehendak anak-anak.

Ini adalah link-link yang menjadikan contest ini satu realiti..... Cayalah dan Terima Kasih banyak kepada LittleMama tuan punya MomBloggersPlanet.


Thursday, August 6, 2009

Kek, Brownies & Sheperd Pie

Posted by Photo Journey & Dapur & Oven at Thursday, August 06, 2009 3 comments
Ini adalah order-order from last week n last two weeks. Kepada yang order kek dgnku, kalau boleh aku harap bagilah komen ye. Sedap ke tak sedap ke.... dgn komen korang semua, aku lehla improvekan lagi masakanku. Tak lupa terima kasih byk2 kerna sudi order kek ngn Dapur dan Oven. Kalau sedap orderlah lagi!!!!

Marble Cheese Brownies order dari Jan (Adik Adnin) utk besday kawannya kat Parit Buntar. harap kawan jan suka ngan kek ni.

Choc Moist Cake order dari Zuhri utk besday anak dia. Ni last minute order. Sib baik ada bahan2.

Choc Moist Cake ni pun Order dari Zuhri gak.

Sheperd Pie order dari Apek (Jan's Fiance). Dia mengidam nak mkn ni coz masa g picnic kt taman negara Penang aritu tak sempat nak mkn byk2. tak sempat ke malu???? hehehe

Ini pun Choc Moist Cake order dari Surya utk besday anaknya.

Choc Moist Cake ni plak order dari kakak Adnin utk anak2nya coz anak2nya memang Chocolate lover. Diaorang tak nak ada hiasan aising per2. Kalu boleh semua nak coklat.

Marble Cheese Brownies ni order dari K.Farah.

Tuesday, August 4, 2009

Bunga-Bunga Cintun......

Posted by Photo Journey & Dapur & Oven at Tuesday, August 04, 2009 3 comments
Yey yey... dapat bunga... Amat jarang sesangat aku leh dpt bunga-bunga cintan-cintun ni... ni pun dah bagi hint dah beberapa bulan yang lepas... Ingat aku tak dptlah coz dh dpt kek, tapi pada tengahari ahad lepas 2/8/09 sewaktu aku masih lagi nyenyak tdo ngn my cutie Irdina, tetiba aku dgr bunyi hon, tengok ikut tingkap sebuah jeep dok dpn gate umah aku, sapala plak ni?? hubbyku memang tak der kat umah coz g amik gmbr org kawen. Nak tak nak terpaksalah kuar ngn muka mamai lagi then kuar dari jeep tu Lelaki cina n dia bwk bunga utkku n sempat tanya aku "tdola lagi ka?" aku mengiyakan jerla. Yela.. Mlm tu Irdina tdo dalam kul 12.30 malam pas tiup lilin n mkn kek, then bgn lak dalam kul 3 pagi nak main2. tension aku tau. Irdina tdo blk dah kul 6.00 pagi. Maunya tak aku kul 12.00 tghari tak bgn lg. Pas amik bunga n tengok kad... Uhhhh!!! tak sangka hubbyku pandai wat suprise!!! Memang suprise sampai kembang hidung dpt bunga... hehehe tak sangka langsung. Thanks again My laling Ayang. Cayang Ayang...mmuahh muahh mmuuaahhhh.


Irdina yang excited tengok bunga sejambak

mmuuaaahhhhh!!! kiss the flower


Monday, August 3, 2009

My 28th Birthday

Posted by Photo Journey & Dapur & Oven at Monday, August 03, 2009 9 comments
Semalam... 2/8/2009 genaplah umurku 28 tahun.. 2 tahun lagi dh 30.. huhuhu dah tua dah ni.. Tapi jiwa remaja lagi.. perasan umur baru 20..hihihi..Celeb besday just with my lovely hubby n my cute little girl kt umah. Hubby belikanku kek Black Forest kt Secret Recipe. Aku nak Oreo Cheesecake tapi dah abis... Thanks Ayang.. ni yang buat saya sayang kt Ayang ni..

2 batang lilin besar n 8 batang lilin kicik

Anakku Irdina yang tersangat excited tengok api lilin meliang lentok.. Punyala dia happy cam kek tu kek besday dia...

Dah pandai potong kek sendiri... tak bagi can langsung besday girl aka mama nak pegang. Ada anak camnila.. besday kita pun kene jadi besday dia gak..

Muka kegembiraan dpt mkn kek yang sgt comel



Budak comot dah belemoih...

uppsss... 1 Syawal jugak adalah besdayku... coz aku lahir 2/8/81 bersamaan 1 Syawal. Ayah aku kata org dok tgh semayang raya, aku sibuk nak kuar nak raya gak... hehehe
Raya ni Ayang nak bg apa plak kt saya????
 

Bakelicious By Dapur & Oven Copyright 2009 Sweet Cupcake Designed by Ipiet Templates Image by Tadpole's Notez