Wednesday, September 22, 2010

My new Blog

Posted by Photo Journey & Dapur & Oven at Wednesday, September 22, 2010 0 comments
Memperkenalkan satu lagi blog kepunyaanku... Bukan blog masak-memasak, tp blog seorang amatur photographer yang sedang belajar mengenai photography.... kalau sudi, singgah2lah ye....

http://mypicsjourney.blogspot.com/

Thursday, July 22, 2010

Biskut Raya 2010

Posted by Photo Journey & Dapur & Oven at Thursday, July 22, 2010 3 comments
Memperkenalkan koleksi Biskut Raya utk tahun ni.. Semuanya sedap2 belaka. Kepada yang ingin try sample, sila jgn segan2 dtg ke rumah ku di KTC Golf View, Kulim. Silalah order sebalang dua ye. Kepada yang jauh khidmat penghantaran ke Seluruh Malaysia disediakan.

Biskut pertama Kashmir Cookies. Biskut bukan aku yang buat, Aku tlg jual sebab biskut seeeddaaaaap sgt!!!!. satu balang satu hari jer kami mkn. Memang puas hati. biskut diperbuat dari pure butter. Cuma RM25.00 jer utk 50 biji. Memang berbaloi2

Kuih Raya yang kedua & seterusnya memang original dari Dapur & Oven. My Homemade Cookies utk tahun ni.
Coklat Compound dengan almond sebiji di dalamnya. Pasti memberikan kelainan di hari raya nnti.

Oreo Black Beauty dibuat dari biskut oreo dan ditabir dngan serbuk oreo kt atas biskut & dikelilingi ngn White Compound Choc. Sgt rangup, makan satu mesti nak lagi.

My Almond London dengn Almond sebiji di dalamnya. Almond ni dipanggang rangup, disaluti biskut yang rangup jugak & dicurahkan pulak dengan coklat masakan yang dicampur dgn cocoa butter, Biasanya topping coklat utk almond london ni, org campur ngn shortening, tapi aku guna cocoa butter utk menyedapkannya lg.

Biskut Butterku yang lembut tp rangup, sgtlah best biskut ni.Bila makan anda akan terasa aroma butter yang sgt wangi.

Tart yang diberi nafas baru, berintikan blueberry kt dalamnya. Biskut kt luarnya lembut & bila makan terasa blueberry

Biskut klasik. My favourite sepanjang masa. Biskut ni sgt lembut & cair dimulut. Tak terasa memakanya

Setiap rumah mesti ada biskut ni. Menjadi favourite. Biskut yang sgt lembut & jam nenas yang tak terlalu manis. Sgt sedap...

Cupcakes & Muffin

Posted by Photo Journey & Dapur & Oven at Thursday, July 22, 2010 1 comments
Order dari K.Zarina dari ABH Sdn Bhd. 16 Choc Moist Cupcakes dgn nama 3 org anak2nya. Cupcakes ni utk mkn2 bersama family b4 anaknya kembali ke Universiti. Terima kasih kak ye...

16 Choc Moist Cupcakes with fondant topping hadiah untuk anak En. Rahman.

16 variaty flavour order dari K.Farah untuk Hanisah yg dh 2 tahun. Terima kasih K.Farah

My Banana muffin, very gebus & very yummy!!!

Bau muffin pisang ni pas kuar oven, sgtla wangi, padahal aku tak boh pun esen vanilla.

Chocolate for Birthday Party

Posted by Photo Journey & Dapur & Oven at Thursday, July 22, 2010 1 comments
Coklat amatlah sesuai untuk dijadikan sebagai door gift untukbirthday party si kecil. excited tengok coklat yang colorfull, Kita ni pun excited, apatah lagi kanak2. hehehe

50 Lolichoc order dari Idayu di Miri, Sarawak untuk birthday Party anaknya, Aniq. Jauh coklat ni terbang. hehehe. Kenal Idayu thru FB jer. Terima Kasih byk2 Idayu sudi order dari Dapur&Oven.

Oreo Choc aku bg t Aniq.

Coklat Kereta & train pun untuk Aniq gak


20 boxes Ore Choc order dari jiranku, Nani utk birthday party anaknya Wafiq

Tuesday, July 13, 2010

CMC & Peach Layer Cake

Posted by Photo Journey & Dapur & Oven at Tuesday, July 13, 2010 0 comments
Kembali lagi...mood rajin tgh ada ni baiklah update byk2 skit. hehehe. This weekend tak jadi nak g Cameron coz hotel kt sana dh fully booked oleh peserta2 berbasikal. Bilik yang RM300 ke atas jer ada. Mahal.. baik beli handbag, lg bagus. Aduhla...frust sungguh walaupun pada mulanya tak bersungguh mana nak g, tp aku dh aim nak amik gmbr bunga byk2. dh plan ngn K.Wana nk g minum teh kt Cameron Bharat plak sambil mkn scones. emmmm, sedapnya. Last year kami dh g sana minum teh kt BOH... Sedap.. berbeza ngn teh yang kita wat kt umah. Scones dia pun sodap makan ngn butter & jam. Aku tak kira, next weekend kene g jugak... hehehe. Sempena befday aku ni, ingat nak wat mkn nasi kerabu... tunggulah jemputan dariku ye..

Ball Cake order dari Cikgu SMK Air Merah. Sebenarnya jiran aku ni cikgu SMK Air Merah, so jiran aku nilah tukang amik order dari cikgu2 sekolahnya. Alhamdulillah, setakat ni sambutan dari cikgu2 sekolah tu amat baik. Every week ada order dari SMK Air Merah. Terima Kasih byk2 sudi order dari Dapur&Oven...

Peach Layer Cake order dari Hazzian untuk Kakitangan tempat dia praktikal. ABH ni terletak kt kawasan kilang lama, hubbyku la yang tukang antar bersama 4 kotak Macaroni Baked Cheese. Terma Kasih yan... Hazzian ni aku tak penah bersua muka pun, Dia order melaui online jer. Dulu dia penah order coklat ngn aku.

Choc Moist Cake yang very2 moist coz kt tengah antar kek ada choc ganache & frosting dari Choc Ganache yang melimpah ruah ditambah plak ngn coklat parut... emmmm... Very Choclicous. Terima kasih K.Ayu sudi order lagi ngn Dapur & Oven...
 

Bakelicious By Dapur & Oven Copyright 2009 Sweet Cupcake Designed by Ipiet Templates Image by Tadpole's Notez