Tuesday, August 4, 2009

Bunga-Bunga Cintun......

Posted by Photo Journey & Dapur & Oven at Tuesday, August 04, 2009 3 comments
Yey yey... dapat bunga... Amat jarang sesangat aku leh dpt bunga-bunga cintan-cintun ni... ni pun dah bagi hint dah beberapa bulan yang lepas... Ingat aku tak dptlah coz dh dpt kek, tapi pada tengahari ahad lepas 2/8/09 sewaktu aku masih lagi nyenyak tdo ngn my cutie Irdina, tetiba aku dgr bunyi hon, tengok ikut tingkap sebuah jeep dok dpn gate umah aku, sapala plak ni?? hubbyku memang tak der kat umah coz g amik gmbr org kawen. Nak tak nak terpaksalah kuar ngn muka mamai lagi then kuar dari jeep tu Lelaki cina n dia bwk bunga utkku n sempat tanya aku "tdola lagi ka?" aku mengiyakan jerla. Yela.. Mlm tu Irdina tdo dalam kul 12.30 malam pas tiup lilin n mkn kek, then bgn lak dalam kul 3 pagi nak main2. tension aku tau. Irdina tdo blk dah kul 6.00 pagi. Maunya tak aku kul 12.00 tghari tak bgn lg. Pas amik bunga n tengok kad... Uhhhh!!! tak sangka hubbyku pandai wat suprise!!! Memang suprise sampai kembang hidung dpt bunga... hehehe tak sangka langsung. Thanks again My laling Ayang. Cayang Ayang...mmuahh muahh mmuuaahhhh.


Irdina yang excited tengok bunga sejambak

mmuuaaahhhhh!!! kiss the flower


Monday, August 3, 2009

My 28th Birthday

Posted by Photo Journey & Dapur & Oven at Monday, August 03, 2009 9 comments
Semalam... 2/8/2009 genaplah umurku 28 tahun.. 2 tahun lagi dh 30.. huhuhu dah tua dah ni.. Tapi jiwa remaja lagi.. perasan umur baru 20..hihihi..Celeb besday just with my lovely hubby n my cute little girl kt umah. Hubby belikanku kek Black Forest kt Secret Recipe. Aku nak Oreo Cheesecake tapi dah abis... Thanks Ayang.. ni yang buat saya sayang kt Ayang ni..

2 batang lilin besar n 8 batang lilin kicik

Anakku Irdina yang tersangat excited tengok api lilin meliang lentok.. Punyala dia happy cam kek tu kek besday dia...

Dah pandai potong kek sendiri... tak bagi can langsung besday girl aka mama nak pegang. Ada anak camnila.. besday kita pun kene jadi besday dia gak..

Muka kegembiraan dpt mkn kek yang sgt comel



Budak comot dah belemoih...

uppsss... 1 Syawal jugak adalah besdayku... coz aku lahir 2/8/81 bersamaan 1 Syawal. Ayah aku kata org dok tgh semayang raya, aku sibuk nak kuar nak raya gak... hehehe
Raya ni Ayang nak bg apa plak kt saya????

Tuesday, July 28, 2009

Mari Makan Steamboat Di Rumah

Posted by Photo Journey & Dapur & Oven at Tuesday, July 28, 2009 2 comments
Kali ni nak tunjukkan resepi steamboat plak. Kami makan steamboat ni kt umah jer. Periuk steamboat ni sedara aku yg bagi time kami kawen dulu. yang ni baru 2nd time kami pakai. Periuk ni kira 2 in 1 coz kt atas tempat steamboat tu utk grill. Tapi cinonet jerla. Gril udang ngn butter memang best. Aku buat kuah tomyam pekat. Dalam kuah tomyam tu aku letak ayam jer. Menu lain utk steamboat ni adalah variasi fishball, sosej n mee kuning. Sesapa yang nak pinjam periuk steamboat aku, maila umah. Aku leh bagi pinjam. Memang best buat steambot kt umah ni. Lagipun senang skit nak control Irdina yang semakin aktif ni. Kalau sapa2 yang takder periuk ni, boleh gak guna rice cooker cam K. rinchan buat. Ok jugak...


Ni Resepi amik kt Fotopages K. hanieliza. Aku masak tomyam pakai hentam jer. Tu yang susah nak bg resepi.

Resepi: Tomyam
Sumber: Hanieliza

Bahan-Bahan
2 ekor kerangka ayam (potong kecil)
500 g ayam (potong kecil)
3 biji tomato dibelah 4
2 biji bawang besar (dihiris)
2 batang serai diketuk
1 sudu besar pes tomyam
1 batang celery (potong kecil)
3 helai daun limau purut
air dan garam secukupnya
2 biji jus limau nipis
1 pokok daun ketumbar (cincang)

Cara-cara
1. Masukkan semua bahan keculai limau nipis dan daun ketumbar dan renehkan selama satu jam
2. Masukkan dalam steamboat pot dan rebuskan dengan chicken ball, fishball etc

Sos Pencicah
10 tangkai cili kering
1 s/b udang kering
2 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
2/sb oren sunquick

Bahan Tumis
minyak
gula
garam

Cara-Cara
1. Mesin semua bahan dan tumiskan ngn sedikit minyak
2. bila telah wangi masukkan gula dan garam
3. kacau rata dan bila nampak agak pekat boleh angkat dan hidangkan

Wednesday, July 22, 2009

Kek-Kek Terkumpul

Posted by Photo Journey & Dapur & Oven at Wednesday, July 22, 2009 0 comments
Lama dah tak update pasal kek ni. Almaklumla.. penyakit 'M' dok ada lagi ni... Malas nak karang panjang2, tengok jerla piccass kek ni ye!! :)

Choc Moist Cake ni order dari Adnin. Thanks ye Adnin coz sudi lagi order ngn jeri

Kek Keladi order dari Hijriah utk besday anak sedaranya. Thanks Hijriah ye.. Len kali orderlah lagi....:-)

Marble Cheese Brownies ni order dari kawanku Jura sesambil dtg amik album kawen dia. Nak order kek lagi maila Kulim plak ye..

Cupcakes aku buat utk Nana (opismate Hubbyku) as present sempena majlis pertunangannya. Selamat Bertunang Nana..

Ni aku buat saja2 nak belajar deko mendeko

Resepi kali ni adalah Butter Cake yang sgt sedap..hehehe


Resepi: Kek Mentega Elite
Sumber: My Resipi

Bahan-Bahan
Bahan A
250 g self raising flour
40 g susu tepung
200 g mentega

Bahan B
5 biji telur
200 g gula kastor @ 160 g gula pasir
1 sudu kecil esen vanilla

Cara-Cara
1. Bahan A dipukul hingga sebati
2. Bahan B dipukul hingga sebati
3. Masukkan bahan B ke dalam bahan A. Gaul sebati
4. Bakar dalam loyang yang telah dilenser mentega/minyak selama 35 minit suhu 180c. Pastika adunan diisi separuh loyang

Kek ni senang sgt nak buat dan sgt sedap.. so, selamat mencuba!!!

Wednesday, July 15, 2009

Picnic:Taman Negara Pulau Pinang

Posted by Photo Journey & Dapur & Oven at Wednesday, July 15, 2009 2 comments
Huh... sekarang ni aku mengalami krisis kemalasan yang terlampau... Aktiviti berjemur di pantai pd tengah hari buta ni dh beberapa minggu berlaku, barulah aku tergerak hati nak upload gambar. Waktu ni cuaca memang panas yang teramat sampai kulit Irdina pun dh gelap. Terima Kasih kt Amil coz arrange picnic ni. Best sangat sekali-sekala bersosial cam ni. Setiap orang bawa makanan yang berlainan. Semuanya sedap2. Kami pegi ke pantai ni naik bot dari jeti Taman Negara. Tak sampai 5 minit pun naik bot. Tapi kalau jalan ni, memang letihla ngan anak n makanan lagi. Tapi yang tak bestnya time balik.... ada ke pakcik bot tu tinggalkan kitaorang kt perahu yang nelayan gunakan utk tangkap ikan dgn baunya hanyir ikan menusuk hidung n pastu plak kene panjat tangga yang hanya macam besi buruk. Aku takut jer Irdina, Eryna n Safwan jatuh dalam air. Pakcik tu tak pikir ke yang kitaorang ni ada 3 org baby. Kalau takder baby bolehla dipertimbangkan lagi. Pastu ngn aku yang pakai selipar nak panjat besi buruk yang licin tu ngn henbet isi segala macam stuff Irdina. Hadoi!!!! Semua ingatkan pas keluar dr bot, terus sampai ke darat, tapi kene panjat besi buruk n lalu jeti kayu yang senget sebelah n bagai nak tumbang. Afzal plak suruh Elia jalan dulu ngan dukung Eryna pastu bawak plak beg tilam Eryna yang besar. Aku plak kene ikut elia dr belakang sambil dukung Irdina diikuti Adnin n Ijan (adik Adnin). Rasa panjang sgt jeti tu nak bulih sampai ke darat. Tuhan saja yang tahu camna perasaan aku masa tu. Dup dap dup dap!!! Aku dah serik g sana. Tak mau g lagi!!!! Inilah pengalamanku yang paling tragik.. Sekian terima kasih......

Safwan tercengang tengok kakak Irdina buat muka busuk

Adnin masa dalam bot.

safwan si Mr Serius n his mama

Ni baru nampak dia senyum skit

This is Puteri Eryna Dahlia.. very cute little girl. I like this pic!!

Irdina makan bihun sampai atas kepala.


Budak yang suka sgt ngn air


Papa Irdina yang dah penat melayan Irdina

Teddy bear Irdina. Kalau ngan Reza, senang jer dia lentok

K.wana yang masih ayu walau di mana saja dia berada

Ali yang sangat terrer amik gambar

Inilah jeti horror yang kami kene lalu tu... Ngeri!!!
 

Bakelicious By Dapur & Oven Copyright 2009 Sweet Cupcake Designed by Ipiet Templates Image by Tadpole's Notez