Monday, October 5, 2009

Order Di Bulan Ramadhan

Posted by Photo Journey & Dapur & Oven at Monday, October 05, 2009 1 comments
Baru sempat nak update order di bulan Ramadhan & Hari Raya... Sibuk ngan order kuih raya & Coklat, tapi sempat lagi amik order utk kek semua.. Kek & Cupcakes untuk raya yang diorder dari customer aku buat Khamis malam(17/9/09) sampailah ke tgh hari Jumaat. Satu malam aku tak tdo nak siapkan tempahan. Memang letih sesangat (tula..sapa suh amik order byk sgt) Sib baiklah coklat & kuih raya dah siapkan awal2 lagi. Disebabkan kek siap lambat, kami bertolak blk kampung dh kul 2 ptg & selamat sampai umah Hubby kt Kbg Kerian kul 7 ptg. Sedang elok jer nak berbuka. On the way blk pun singgah kt Grik nak bagi 2 biji kek kat kawan aku. Then singgah kt Ketereh bagi tart & Cupcakes yang diorder oleh kawan aku gak..Sepanjang perjalanan balik aku tidur tak ingat dunia, jam ke tak jam ke aku tak tahu pun. Sian My Hubby drive sorang2...

Cupcakes order dari Elia untuk besday adiknya di bulan puasa.

Kek Keladi order dari K.Yasmin, Nani & My SIL.. Kek Keladi ni aku terpaksa naikkan harga utk menanggung harga ubi keladi yang dh mahal... Saiz 9" RM 40 & saiz 7" RM 25

Coklat Courverture order dari Nani(Neighbour) 2 balang, Haiza 3 Balang, My SIL 2 balang

Marble Cheese Brownies 0order dari my SIL & Aida di Grik

Peach Layer Cake order dari Aida(Grik) & Yatie Chomeyl..

Sheperd Pie order dari Mija

Kek Coklat order dari My SIL, Kak Siah(My Neighbour) & Maziah. Decoration sama jer semua coz otak dh tak larat nak pikir nak buat camner.

Cupcakes order dari My friend Shah kt Ketereh.

Coklat ni order dari Mija. Dia nak 20 biji dlm satu bekas

Cupcakes ni order dari Yatie Chomeyl... Yatie ni sedang further Study kt Jepun with his Hubby. Tapi dia ore Kelate & blk beraya kat Kelantan. Aku kenal melalui blog jer yatie ni.. 1st time jumpa masa bagi kek & cupcakes kt dia. Thanks ye yatie.. Bila blk Malaysia, sudi2kan order lagi ye..

Puding coklat Caramel order dari WaiYing for her brother's befday.

Friday, October 2, 2009

Cerita Raya 2009 (Full Version)

Posted by Photo Journey & Dapur & Oven at Friday, October 02, 2009 5 comments
Salam semua!!! bertemu kembali...hehehe. Memang agak lama aku tak update blog ni. Bulan posa tersangat bz ngan tempahan. Tak seberapa pun sebenarnya. huhuhu.. Agaknya akulah orang paling last update pasal hari raya ni.. Nak update time kat kampung memang tak der masa, sibuk berjalan ke sana kemari, sibuk ulang alik umah hubby kt Kbg Kerian & umah aku kt Tawang, Bachok. Bukak jer laptop mata pun dah kuyu. Raya tahun ni sgt seronok coz raya kt umah aku..ngeh ngeh ngeh.. tambah2 raya ni Irdina 1st time pakai baju kurung. Tersangatlah comel ditambah ngan kasut kolor hitam berkilat. Dari pagi sampai petang memang pakai baju kurung coz Baju kurung Irdina kain cotton, so tak derlah dia rimas. Satu jer yang kami tak suka time raya.. Kelantan mesti jam giler, biasa dari umah aku ke umah hubby amik masa 15-20 minit, time raya akan jadi 1 jam. 1 Syawal adalah besday aku, tapi semua just wish, besday tak dernye kek besday time ry ni. Untuk makan di pagi raya, mama aku buat rendang daging ngan nasi himpit, ketupat pulut & aku buat Sheperd Pie coz pie aku ni ramai yang nak rasa kesedapannya. Kat umah hubby lak, MIL buat kuzi ayam dimakan dengan roti jala. Semuanya sgt sedap. Ni semua gambar raya pertama kat umah aku... Amik gambar pun dah petang dah. paginya tak sempat amik coz sibuk nak g beraya.


Mama & Irdina



tak suka papa kacau...masa ni Irdina tgh kusyuk tengok Macam2 Aznil Raya.

Sayang papa...


Tengah kusyuk tengok macam2 Aznil Raya

Irdina dapat gelang baru dari tokma(MIL) coz gelang lama dia sudah patah & dah kecik ngn Irdina. Habis semua org dia tunjuk gelang baru dia waktu mula2 pakai. Rantai tu pun nenek (My Mum) bagi yang baru gak coz pagi2 raya Irdina putuskan rantai dia.


Raya ke-2, kami beraya kat umah makcik hubby dulu kt Pasir Tumboh, dia buat open house untuk family2. Then barulah kami ke umah nenek hubby kt Labok, Machang. Umah nenek hubby kam,i mkn laksa kelantan. huh.. sgt sedap. Kenyang pun mesti kene mkn coz kt Kulim ni mana nk dpt laksa sesedap itu. Irdina dapat sepasang lagi baju kurung yang dijahit sendiri dari makcik Hubby. Kami kat Labok sampai malam then balik Kbg Kerian dalam kul 11.00 mlm.

Raya ke-3 beraya kat umah BIL Hubby, then gerak ke umah aku lak coz uamh aku buat open house. Menu utk open house ni adalah sate, nasi himpit & Sheperd Pie. Kali ni adik aku yang buat coz aku memang tak sempat nak buat. Sib baik sedap...hehehe. Irdina yang paling seronok layan tetamu. Irdina ni memang tersangatlah mesra alam. Sesapa yang dtg, dialah dulu yang tegur & bercakap bahasa dia yang org lain tak phm pun. Pas zohor kami kene attend kenduri kawan hubby (UTM) kt Peringat. Dapat gak aku makan nasi gulai kawah, sampai mintak tambah gulai. Kat sini pun tak der gulai kawah, so kenelah mkn sepuas hati. hehehe Agak lama gaklah kami kt sini coz kat sini hubby dpt jumpa blk kwn2 UTM beliau, dah macam reunionlah plak. Yang kelakarnya, most of them dh jadi cikgu KPLI cuma beberapa kerat jer yang keje Kilang. Pengantin ni pun dah jadi cikgu kat pedalaman Sarawak. Belah malamnya plak cousin aku buat BBQ kt Pasir Tumboh. Memang sgt meriah ngan anak2 cousin-cousin aku. Irdina ada genglah mlm tu. Yang best, aku dapat FM australia n Irdina dpt beg Koala Bear dari asben cousin aku yang blk cuti raya. Asben cousin aku buat PHD kt sana.
Nilah kawan hubby. Sama kecik jer pengantin ni.


Raya ke-4 pegi umah kawan MIL makan lontong. Tiap2 kali raya memang kami akan bertandang ke umah kawan MIL ni. Lontong yang dia buat tersangatlah sedapnya sampai bertambah jugak. Then, ptg tu family Afzal & Elia dtg umah Hubby. Tahun ni diaorg beraya kt Kelantan coz diaorang g Majlis pertunangan abang Elia kt Setiu, Terengganu. Irdina punyalah excited tengok Eryna ada kat situ... sampai lompat2 tengok Eryna. Malam tu plak family Hubby keluar mkn steamboat. Punyalah ramai org sampai kene beratur panjang sampai Irdina tertido kt bahu aku dan oleh sebb mkn steamboat & sos hitam, aku, hubby n adik ipar aku kene cirit birit & muntah2 pagi esoknya sampai lembik kami. Hubbyku siap demam lagi. raya ke5 ni tak g mana2 coz Hubbyku tak larat nak drive dah. Balik umah familyku trus baring & Irdina jer yang aktif sampai tgh mlm. Serik dah aku mkn steamboat kt situ... Jumaatnya dah bertolak balik ke Kulim coz Hubby ada amik gambar kawen sabtunya. Macam sekejap jer dok kt kampung..tak puas lagi ni... Irdina lagilah monyok jer balik Kulim n sekejap2 nangis. Agaknya rindukan kampung kot. Kesian kt Irdina... Tk per.. raya haji plak ye.... Begitulah cerita raya kami tahun ni...
 

Bakelicious By Dapur & Oven Copyright 2009 Sweet Cupcake Designed by Ipiet Templates Image by Tadpole's Notez