Tuesday, April 28, 2009

Bersiar2 di Zoo Taiping

Posted by Photo Journey & Dapur & Oven at Tuesday, April 28, 2009 1 comments
Ahad yang lepas kira2 dalam kul 4.15 kami sampai kt zoo Taiping ni. Ali n Adnin pun ikut skali gak. Ni first time kami g sini. Dah lama sesangat tk g zoo. time kecik2 dulu jer g zoo negara. Agak best gak zoo ni. Nak masuk kene bayar RM 12.00 seorang dewasa. Budak2 bwh 3 thn jer free. 3 tahun ke atas kalau tak silap kene bayar lebih kurang RM 8.00 seorang. Lupala brapa hg. First sampai kami trus naik train sambil makan pop corn yang tak berapa sedap (Adnin belanja) n round semua kawasan n stop kt kandang gajah. Ni muka saspen Irdina bila train dh bergerak. first time tengok benda alah ni. mula2 tak tengok pun animal, dok tengok budak yang sebaya dia kt belakang kitaorg sambil sengih tak ingt n siap lambai2 lagi.


Dragon Fly n tangan kecik Irdina nak sentuh


Badak Sumbu


Seladang


Gajah sedang menghirup air dr paip yang secoit jer. Cian gajah ni. Buatla besar skit air tu..


Ni Irdina nak terjun dlm kolam yang ada white swan. Sgtla teruja tengok swan berenang2. Mama terpaksa pegang baju, takut jatuh.


White Swan yang Irdina nak sgt pegang


Bila cabut getah rambut, camnila jdnya!!


Sikecik ni kusyuk dok tengok Flamingo. Irdina ni hanya berkenan kt jenis2 burung jerla..


Berehat sebentar bersama Irdina n Auntie Adnin


Irdina dah ngantuk.. Nak babab n tdo...


Habis tawaf zoo, kami pun singgah jap kt umah ex-scoolmate kami (Jack). Solat n mandikan Irdina. Then kami g makan Kuetiaw Doli yang famous kt Taiping ni. My hubby, Ali, Adnin n hubby jack order kuetiaw goreng special. punyala byk tak ingat siap Adnin tapau wat balik coz tak abis. Aku order kuetiaw biasa n kuetiaw sup utk Irdina. Thanks to Jack's hubby (Anas) coz belanja kitaorg. Special kt sini coz dia masak kuatiaw goreng guna dapur arang. Tapi servis dia lmbt n terlalu ramai org dtg mkn kt sini. Sampai Irdina dr dok diam, trus mengamuk tak nak dok dlm baby chair lagi.



Menunggu ngn penuh sabar....


Muka dah boring..


Kuetiaw sup ni jer my hubby snap. Coz yang ni sampai agak awal. Bila kuetiaw goreng dh sampai, semua pakt terkam cepat sebb dh cam org kebuluran. Dah takdan nk snap trus ngap jer. Penat tau jenjalan kt zoo ni.

Friday, April 24, 2009

Irdina 's 1st Birthday Party!!!

Posted by Photo Journey & Dapur & Oven at Friday, April 24, 2009 1 comments

Happy Birthday anak mama sayang!!! Sekejap jer masa berlalu. dah besar dah baby kami ni. Kami buat besday party Irdina pada 18/4/09 jam 5.00 ptg lebih kurang. Majlis sederhana saja. Kek besday aku buat sendiri. Gambar Irdina atas kek tu aku order online. Menu besday Irdina adalah:
1) Kek (homemade)
2) Macaroni Baked Cheese
3) Bihun Goreng (Makcik My Hubby yang tlg buat)
4) Roti sosej (Homemade)
5) Cream Puff yang best (Mya Recipe)
6)Marble Cheese brownies yang tak berapa jadi. (1st time try)
7) Sweets n Choclate
8) Butter Cookies animal shape(Homemade)
9) Air Sirap
Terima Kasih kepada yang datang n terima kasih jugak bg present utk Irdina.... Tersangat happyla Irdina tengok hadiah yang banyak tu. Lebih2 lg tengok ada kasut minie n baju minie mouse. Tersangatla excited!! Everyday nk pakai nak cium2 kasut tu. hehehe. Ni sebahagian pics yang my hubby sempat snap. Kalu nak tengok more pics, sila click sini

Gambar ni my hubby snap beberapa jam before besday party


My Homemade Besday Cake with Irdina's edible image. Sapa yang nak order kek dariku, lehla kol aku ye!!


Paper Bag utk yang datang. Ni pun buat sendiri. my Sis yang tlg design dr invitation card, pics utk kek n this paper bag.


Sesi potong kek. Sebelah kek Irdina ialah kek Hakim (Hadi's son). Tu pun aku buat gak utk dia. Besday Hakim ni jatuh pada 19/4/09. Happy 1st Besday untuk Hakim!! Confirm Hakim akan dpt kek besday dariku every year. hehehe






Sampai ternganga tengok mainan yang banyak!! Kalu boleh semua dia nak main in one time.






Sambil korek telinga. Tak senonoh tul la..


Kepada yang dtg, terima kasih banyak2 coz sudi dtg meraikan 1st birthday anak kami. Mintak maaf kalau ada cacat cela atau terlebih dan terkurang. Jgn serik utk dtg lagi umh kami yang tak seberapa ni ye.

Tuesday, April 21, 2009

Irdina Demam

Posted by Photo Journey & Dapur & Oven at Tuesday, April 21, 2009 1 comments
Sehari selepas besday bash my little girl, she got a bad fever. Badan dia panas sesangat. patutla tengahari ahad tu dia monyok jer. Tak selincah biasa. Pas lunch tu aku tinggalkan Irdina jap ngn Cik Ngah dia coz aku n hubby nk g gunting rambut. Balik dalm kul 6 tu badan dia dh panas semacam dah. Bagi makan ubat, ok jap. Tapi mlm tu bdn dia still panas. Pas antar adik aku kt Perda, kami trus g klinik. Klinik mana lagi kalu tak Klinik Kita. aku memang suka klinik ni. Doktornya memang baik, lagipun Irdina cucuk imunisasi pun kt sini. Malas nak g klnik desa Kelang Lama tu, Dahla ramai orang, mesti kene menunggu lama. Doktor kt Klinik Kita pun memang dh kenal ngn Irdina yang friendly ni. Nak balik dr Klinik tu, sempat lagi Irdina bye2 kt pembantu klinik tu. nila dia ubat demam irdina. Tapi Irdina cukup tak suka ngn ubat antibiotik tu, pahit.... Arini Irdina dah elok dh skit. semalam dia tdo nak suh tepuk jer. dalam kul 4 lebih baru aku leh tdo ngn lenanya. Sib baik aku tak keje, kalu keje, mau aku tdo kt opis ni. hehehe.



Kek Keladi ni order dari Elia. Malam tadi (Isnin) aku buat dan dia amik kt umah aku pagi tadi. Ada makan2 kt opis dia katanya. Dia n hubby (Afzal) dia pun dulu keje kt Celestica gak. Dia kenal ngn hubby dia pun masa sama2 keje kt tempt hubbyku keje. Thanks Elia coz sudi order dgnku. Nnti order lagi ye!! oh ye.. Adnin pun order dgnku gak kek ni. Esok petang dia nak. Adnin pun nak order untuk jamuan kt opis Celestica gak ni. Sapa yang nak order dgnku, hubungiku ye!! Kalu tak nak yang besar cam ni pu, aku jual gak yang separuh dr ni.

Wednesday, April 15, 2009

Come n Join Us @ Irdina's Besday Bash!!!

Posted by Photo Journey & Dapur & Oven at Wednesday, April 15, 2009 0 comments
Hai all... semua pembaca blog ni dijemput ke besday party untuk our little girl, Nur Irdina Delisha. Besday Irdina jatuh pada hari khamis 16/4/09, tapi kami buat hari sabtu senang semua kengkawan yang jauh pun leh dtg. Hajat dihati kami nak sgt buat kt taman menan kt umah ni, tapi cuaca nampaknya tak mengizinkan kami, so buat kt uamh jerla. Datang ye jgn tak dtg!!! Majlis kami kecik2 jer. Hanya majlis makan petang. Kalu sesapa yang tak sempat dtg petang, malam pun leh dtg tau!! Hrap semua dapat datang n sapa yang ada anak, bawakla anak skali nnti. Meriah skit budak2 ramai n Irdina memang suka kalau ada kawan yang boleh bermain ngn dia.


huh.... Pagi sabtu 18/4 tu ada exam DPLI. Sesiapa yang amik exam tu aku wish gud luck!! Aku dapat kt Kolej Mara Kulim. Aku rasa aku mintk kt Sek Men Keladi, tp enth kenapa aku dpt situ plak. Jumaat ni ada lg yang order Sheperd Pie, so kalau sesiapa yang nak order, bagitahu aku or call/sms aku di no: 012-9112165.

Friday, April 10, 2009

Sheperd Pie

Posted by Photo Journey & Dapur & Oven at Friday, April 10, 2009 4 comments


Sheperd Pie ni aku buat last week coz lama dah x makan. Resepi ni my ex opismate yang bagi. First time makan yang dia bawak terus mintk resepi coz very the sedap!!! Aku buat 3 pinggan. Sepinggan untuk dimakan kt umah dan 2 pinggan lagi My hubby bawak g opis dia. Sheperd Pie ni sedap makan ngn cili sos. Tapi aku lupa nak attachkan skali sos cili utk hubbyku bawak g opis.
Pastu selasa lepas Opismate my hubby iaitu Wati, Wani, K.Noni n K. Mardiana telah order Sheperd Pie dgn ku. Thank semua sebab order. Harap2 sedapla ye...Aku jual this Sheperd Pie ni dgn harga RM15.00 sepinggan cam dlm gmbr di atas. Kalau sesapa yang teringin bolehla order dgnku ye.. Kalu yang nak cuba buat, aku akan bg resepinya kt bwh. Aku tak kedekut resepi. Lagipun aku buat blog ni pun utk berkongsi resepi dgn semua...



Resepi: Sheperd Pie
Sumber Shima

Bahan-Bahan
Bahan A
400 g daging cincang
1 batang celery (Hiris halus)
1/2 batabg carrot (hiris halus)
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih

Bahan B
2 sudu besar tomato puri
1 sudu besar plum sos
1 sudu besar sos cili

Bahan C
600 g ubi kentang (rebus dgn kulit)
susu
butter
garam
lada hitam

mozarella cheese

Cara-cara
1. Rebus ubi kentang sampai empuk. then, kupas kulitnya dan lenyek.
2. Masukkan sedikit susu, butter, garam dan lada hitam secukup rasa. Aku hentam jer masukkn ni coz dia tak bg sukatan.
3. Tumis bawang putih dan bawang besar sampai naik bau
4. Masukkan daging cincang. Masak sampai empuk
5. Masukkan Bahan B
6. Masukkan celery dan carrot dan garam secukup rasa. Masak separuh kering
7. Untuk jadi pie, mula2 masukkan daging kedalam bekas, then masukkan kentang lenyek dan akhir skali tabur mozarella cheesee kt atas skali.
8. Bakar dalam oven 200 degree selama 20 minit.

SELAMAT MENCUBA!!

Thursday, April 9, 2009

Lauk Pauk

Posted by Photo Journey & Dapur & Oven at Thursday, April 09, 2009 0 comments
Lauk pauk ni aku masak last week lagi. Lupa nak upload kt blog ni.
Ini Ialah Gulai Ayam Klantan Style. slalunya kalau kt klantan, kami biasa makan nasi gulai ayam ni waktu pagi. Org klantan panggil nasi berlauk. Nyam-nyam. Kalu balik klantan tak sah tak makan nasi berlauk ni. Memang sedap ditambah dgn sambal n mentimun. Sungguh menyelerakan. Kt Kulim ni tak penah jumpa lg nasi berlauk pagi yang mcm ni. Org Utara, nasi kandarla. Resepi ni spupu aku yang bg. Spupu aku ni pandai buat akok, Aku dulu b4 dpt keje, akula yg tolongg buat n jual akok kt area bndr br bangi. Akok dia memang sedap!!! Tp dia dah tak buat dh. Skang ni dia dh jadi Peg. kt Putrajaya. Keje yang memang menjadi idaman aku n spupu aku ni. hehehe. Dulu aku ngn spupu aku ni slalu berangan nak keje kt putrajaya. Yela, tempatnya cantik sgt n lehla bergaya sakan. Cam best jer...hehehe Tu dulu, tp skang ni kalau dpt keje kt Putrajaya tu, akan ku pk 2 kali gakla. Susah kot nk terima, ye la, my hubby kt sini. Tak nakla dok jauh2 lg. Perit jer rasa nk ulang alik lagi. okla.. melalut lak aku ni. Resepi Gulai ayam ni aku bg kt bwh ni. Cuba jgn tak cuba ye!!!



Paru goreng kunyit


Ulam-ulaman


Our Fav. BUDU best


Resepi: Gulai Ayam Klantan Style
Sumber: Nor Azita (My Cousin)

Bahan-Bahan
1/2 ekor ayam yang dipotong
RM2 santan
1/2 bungkus rempah kari ayam
2 sudu besar cili boh
2 keping asam gelugor
garam secukup rasa

Bahan Kisar
1 cm kunyit hidup
3 hiris lengkuas
2 hiris halia
6 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih

Cara-Cara
1. Tumis bahan kisar sampai kuning
2. Masukkan rempah kari dan cili boh . Kacau
3. Masukkan santan. biarkan mendidih dan masukkan garam
4. Masukkan ayam dan masukkan asam keping. masak sampai mendidih.

SELAMAT MENCUBA!!!

Tuesday, April 7, 2009

Edisi Irdina

Posted by Photo Journey & Dapur & Oven at Tuesday, April 07, 2009 4 comments
Irdina dah nak masuk SETAHUN!!!! Cepatnya masa berlalu. Irdina dah boleh jalan lebih dr sepuluh langkah. Tapi dalam umah jerla. Kalau main kt luar, dia asyik nak pegang tangan aku jer. Tak nak lepas, takut jatuh. Dah pandai buat flying kiss skang ni. Kalu cakap kiss, mesti tangan kt mulut n dia sebut skali mmuahh. hehehe. Irdina anak yang cerdik bagi mama n papa. Susu Irdina just brand Lactogen. Mama n papa tak mampula nk beli susu mahal2. Susu Lactogen ni memang dah lama. sejak dolu2 lagi. Susu ni bagus tau!!! Penghadaman elok. Lagipun ni mama aku yang syorkan. Anak2 sepupu aku pun dok minum susu ni jer. Tapi the best susu in the world for baby is susu ibu. hehehe
18 hb 4 nanti kami nak buat besday bash utk Irdina. Harap semua dapat dtg. Invitation Card akan diedar next week. kami buat sendiri jer, invitation card, paper bag, kek dan makanan lain. Nak save budget. Kepada pembaca blog ni sekalian, Anda automatik dijemput ye!!

Gambar2 kt bwh ni aku sendiri yang snap. Ni masa bersantai ngn Irdina di waktu petang. Belon DIGI tu irdina dapat waktu g Queensbay masa nak daftar DIGI. Kami nak swicth to DIGI lak. Sebab murah skit dr Maxis ni. Tapi sampai skang ni tak leh tukar lg coz Maxis buat hal ngn kami cam x nak bg kami tukar ke DIGI. Bengkek jer ngn Maxis ni.



Irdina kene dok dalam walker


Her Walker


Nangis tak bagi Papa dukung, Irdina nak jalan, sambil nangis sambil tepuk tangan sebb aku suh tepuk tangan nak snap gmbr ni.


Moga jadi anak yang solehah. Main2 ngn tudung mama aku
 

Bakelicious By Dapur & Oven Copyright 2009 Sweet Cupcake Designed by Ipiet Templates Image by Tadpole's Notez