Friday, May 22, 2009

This Week Order

Posted by Photo Journey & Dapur & Oven at Friday, May 22, 2009 1 comments
This week semua order kek yang kecik. Tapi skali order aku kene buat 3 biji kek utk hari Khamis n 4 biji kek utk hari jumaat. Thanks semua sebab order dgnku. Next week aku amik order sampai isnin jer coz ari selasa ptg kami akan blk Klantan. Rabu aku ada interview yg sgt penting kt Kuala Terengganu. Khamis plak kami akan bertolak ke KL coz adik aku konvo ari jumaat tu kt Uitm Shah Alam. Skang ni pun dh rs berdebar nk g interview ni huhuhu. Entah apala aku nk jwb nnti.. Doakan aku lulus ye!!

Carrot Cake with Cream Cheese frosting order by K.Irah


Kek Keladi order by K.Farah & Natrah tp last skali Jamil yang beli

Marble Choc Cheesecake order by Nana & Sinjana's friend



Pandan Layer Cake with 'Kelapa Kering' order by En. Zamri

Pandan Layer Cake order by K.Noni

Peach Layer Cake with Fresh Cream Frosting utk Hubby tercinta

Resepi minggu ini......

Rich Choc Pudding... puding ni plain jer. Saja aku layer ngn kek span coz ada extra kek time buat Pandan Layer Cake.

Resepi: Rich Choc Pudding
Sumber: My Resipi

Bahan-Bahan
1/2 cawan serbuk koko
1 cawan gula
1/2 cawan susu tepung
1/2 sudu teh garam
4 1/4 cawan air
4 sudu besar tepung jagung
1/2 s/k esen vanilla
3 s/b butter
1 paket serbuk agar-agar

Cara-Cara
1. Campurkan semua bahan kecuali butter dan kacau selalu hingga mendidih
2. Masukkan butter, kacau hingga pekat
3. Angkat dan masukkan ke dalam loyang atau acuan yang disukai....

SELAMAT MENCUBA!!

Tuesday, May 19, 2009

My Big Project

Posted by Photo Journey & Dapur & Oven at Tuesday, May 19, 2009 2 comments
Tajukku hari ni cam besar sgt jer projek. Projek apa tu??? Projek apa lagi, projek membakar kekla.... Penat tak terkata rasanya. Aku dapat order dr ex-scoolmateku merangkap ex-classmate my hubby iaitu Jack yang nak order kek sebesar yang mungkin n lebih besar dr besday cake Irdina n ada logo skolah. kek ini utk celeb hari guru kt skolah dia pada 18/5/08. So, yang aku leh buat hanya setakat saiz 16 inch x 16 inch jer. Dah besar giler dah bagi aku tu. Besday cake Irdina pun dah 14 inch x 14 inch. So, Jack mintak aku buat 2 biji kek saiz 16x16 satu n 14x14 satu. Lepas tu opismate hubby (Presheena) nk order kek keladi utk besday her dad. Dia nak ari ahad tghari. Aku terima gak order coz dia mintk yg kecik jer. Sabtu malam dalam kul 9 mlm bermulala projek membuat kek. Mula2 buat kek keladi dulu, siap simpan dlm peti ais. Then buat kek span yang 16x16 inch. Jack request nak kek span vanilla n coklat. Tapi aku gatal2 buat gak perisa pandan. So, 3 kolorla kek ni. Pastu kek 14x14 inch plak jack request nak Choc. Moist Cake. Buat punya buat sampai irdina pun aku tak sempt nak layan, tengok2 dh kul 7 pagi dah. Aduh.. tak tdo aku semalaman. Best jer tengok hubby n Irdina tdo... Dalam kul 10 pagi semua siap deko n kemas dapur yang bersepah ngn tepung n mcm2 lg. Alhamdulillah, semua siap. Inila the biggest project yang penah aku buat. Memang letih yang amat, penat yang amat, tapi worth it.
Hari ahad tu aku dpt tdo 3 jam jer. Dalam kul 1 ptg jack n her hubby sampai umah aku n kami keluar g PC Depot coz jack nak beli laptop n then ke Jusco Perda makan steamboat kt Johnnys(entah betul tak aku eja ni) pastu aku dh stt sakit kepala dah coz tak cukup tdo lagi. Yang paling aktif kt Jusco tu, Irdinala. Dia dh tak nak naik stroller dah, asyik nk jln jer. Aku sempat beli brg Irdina skit n bwk dia naik train kt tmpt menan kt tingkt bwh. Dalam kul 8 gak sampai umah. Aku bantai tdo dulu n kul 11 mlm bgn buat kek utk K.farah plak. K.Farah order Marble Choc Cheesecake utk her SIL. Terima Kasih semua coz sudi order kek dgnku. Aku sgt2 menghargainya. Alhamdulillah....

16x16inch(6kg) SPONGE CAKE(Vanilla+Choc+Pandan) with Buttercream Frosting n Edible Image. Edible image ni my sis yang tlg design. Jack just bagi logo skolah jer.

Ini 14x14 inch Choc Moist Cake With Buttercream Frosting n simple deco

Kek Keladi order by Presheena for her dad. Thanks for order. Hope you like it.

Marble Choc Cheesecake ni order dr K.Farah for her SIL. Thanks K.Farah!!!

Marble Choc Chesse muffin ni utk kami sekeluarga jer.

Tart Nenas ni jack yang suh aku buat utk dia sebab dia mengidam nak tart nenas. Org pegnant, kenala buat gak utk dia. Aku buat skit jer khas utk Jack, kesian hubbyku dpt mkn skit jer. Nnti lain kali saya buat lagi utk Ayang ye!! Jam nenas aku buat sendiri. Lebih sedap kalau buat sendiri. Sesiapa yang nak order, bagitahu ye!!

Award n Tag

Posted by Photo Journey & Dapur & Oven at Tuesday, May 19, 2009 3 comments


Hari ni Entry Amik Award n jawab Tag. Award ni dr Echa, Kawan UTMku dulu. Ekceli award ni utk mother day aritu lagi, tapi aku lupa nak amik. Sorry ye Echa. Aku dapat 2 tag dari Wati n K.Maria. Arghhhh.. Aku tak reti nak jawab tag ni... Agak tension sedikit kepalaku. W/pun aku ni housewife, tapi byk bende lain aku kene buat. 24 jam bz tau!!. Ari sabtu n ahad yang lepas adalh hari yang paling meletihkan. nak tahu kenapa?? tunggu next entry la br aku citer. Okla aku jwb Tag dr K. Maria dulu..

Tagnya...

1. If you can be an animal, what will u be?
>>> A panda bear. Cute n mataku pun dh jd cam panda bear ni dah coz slalu tdo kul 4 pagi.

2. If you robbed a bank, what do you want to do with the money?
>>> Tak baik jd perompak tau!!

3. If you can teleport yourself anywhere in the world, where do you want to be? why?
>>>Mekahla... Teringin sgt

4. If you know that you are dying, what is the last meal that you want? why?
>>> Tak nak apa2

5. If you can only kill one person in this world, who is the person? why?
>>> Yang buat hidup umat islam merana

6. If you can choose either to have more than 24 hours a day or can live more than 100 years, what is your choice? why?
>>>Bersyukur ngn apa yang ada.

7. If you can date celebrities, who is that person? why?
>>> Anuar Zain. I'm very admire him.

8. If you can only have 1 thing in this world, what should that be? Why?
>>> Family. Tak boleh hidup tanpa family

9. If you have the opportunity to tag 7 of your friends, who are they? why?
>>>Tak nak bagi kt sapa2. Sebab aku tak nak kene tag lagii. So pas ni jgnlah bagi kt aku lagi ye.. Tak retila nak jawab

Tag ni plak dr Wati...

Thr33 Things Tag

The Three Names I go by
- jeri
- K.long
- Rini

Three Jobs I have had in my life
- Kerja opis
- Bisness
- Kerja rumah

Three Places I have lived
- Besut, Terengganu. Dok ngn my arwh nenek since umur 20 hari while my mum further study utk jd nurse kt HUSM. Now my mum dh jadi Ketua Jururawat kt HUSM. Anak dia ni jer jd housewife.
- Bachok, Kelantan. My parents dh buat umah kt sini. Umah ni best coz bachok dalam kawasn yang banyak pantai, so angin sepoi2 bahasa always ada kt sini. Nyaman n menyegarkan.
- Kulim, Dh beli umah pun sini, so bermastautin kt sini la kot.

Three TV Shows that I watch
- Brothers n Sisters
- Lipstik Jungle
- Desperate housewife

Three places I have been
- Johor. 3 tahun setengah further study kt sini..
- Langkawi.
- Cameron Highland
Bila nk rasa holiday kt oversea ni.

People that e-mail me regularly
- My Friends
- spam emel
- spam emel

Three of my favorite foods
- Double Cheese burger
- Cake
- Sup perut kelantan style

Three things I would like to do
- Nak g spa utk relakskan badan.
- Nak shopping..
- Nak tambahkan aksesori rumah. Kosong jer umah kami ni

Three friends I think will respond.
*In no particular order


Things I am looking forward to
-
Nak buat lebih banyak variasi kek utk dijual n nak mantapkan skill cake decoration .. Nntikan ye kawan2
- Nak tlg my hubby cari duit.
- Nak tengok anak membesar dengan sihat dan cerdik


Ok.. Dah terjawab dah. penatnya rasa... sejam aku dok buat benda alah ni jer. Dari ayun Irdina tdo sampai Irdina dh bgn n suh aku bwk dia keluar main, aku tak siap2 lagi. Huhhh... Jgnlah sapa2 bgi aku lg ye!!





Friday, May 15, 2009

Order For This Week & Carrot Cake

Posted by Photo Journey & Dapur & Oven at Friday, May 15, 2009 4 comments
For this week, Kek keladi yang kecil comel ni diorder oleh Aida & K.Ros (Celestica Team). Thanks for order. Harap both of them suka ngan kek ni. Silala bagi komen ye!! Mana tahu kalau2 ada yang perlu diperbaiki lagi.


Sheperd Pie ini plak dioder oleh K.Farah, Farah D n Watie. Thanks semua. Hope semua suka ngn masakanku ini.

oooohh.. Ini tidak dioder oleh sesapa.. Ini lauk yang ku masak utk lunch kami. Aku panggil Ayam cili hasil ciptaanku sendiri.

Ini plak baby sawi masak ngn sos tiram n sedikit kicap manis

Kek minggu ni adalah CARROT CAKE!!


Resepi: Carrot Cake Leen Omar

Bahan-Bahan
2 1/2 cawan Tepung berserbuk penaik
1 s/k baking powder
1 s/k soda bikarbonat
1 s/k serbuk kulit kayu manis (optional)
1/4 s/k garam
3/4 cawan brown sugar
1 cawan gula kastor
4 biji telur
1 cawan minyak jagung
1 cawan butter cair
3 cawan lobak parut
3/4 cawan lobak cincang

Topping:
3/4 ketul cream cheese
100 g butter/krimwell (Aku letak krimwell)
1/3 cawan icing sugar
1 s/k lemon juice (optional)
(kalu suka lebih rasa cheese, kurangkan sedikit butter/krimwell)

Cara-Cara:
1. Panaskan Oven 180C
2. Ayak tepung bersama baking powder & soda bikarbonat dalam mangkuk
3. Campurkan lobak parut, minyak jagung, butter cair, serbk kulit kayu manis, brown sugar, gula kastor & gula.
4. Kisar adunan hingga lembut n gebu. Masukkan tepung, kacau sebati then masukkan walnut cincang & kacau rata.
5. Bakar dalam oven 45 minit hingga satu jam. Test ngn lidi, kalu tak melekat dh masakla tu!!
6. Biarkan sejuk then buat topping
7. Untuk topping, masukkan semua bahan dan kisar hingga kembang dan lembut. Then sapukan pada kek.

SELAMAT MENCUBA!!

Wednesday, May 13, 2009

SeLaMaT PeNgAnTiN BaRu JuE&AnWaR

Posted by Photo Journey & Dapur & Oven at Wednesday, May 13, 2009 4 comments
Hohhohohoh.... Jgn trkejut lak aku post gmbr kawen kt sini. Ini kesnya kena teman hubbyku shoot org kawen sabtu lepas. Oleh kerana adik aku ada kt umah, lehla dia jd babysitter utk sehari tu jg Irdina. Ini baru kali yang ke-4 aku shoot pengantin. 3 majlis & 1 post wedding (outdoor). Masih banyak yang perlu dipelajari. Ini antara gmbr yang aku snap n aku tak edit apa2 pun. Fresh from camera..hehehe tak retila nak edit. So enjoy the Piccas!!!

Suka tul ngn bokeh, cam bubbles pun ada gak..

Anwar & Jue yang sesangat sporting






Sesi outdoor kt hutan lipur. Aku tak buat CLS, hanya hubbyku jer



Moga berbahagia hingga ke akhir hayat

Org belakang tu menspoilkan gmbr akula... Len kali aku kene beware bende kecik camni


Last but not least, My Hubby!!!!!

Aku mengalu-alukan sapa2 yang nk komen, aku terima ngn hati yg terbuka.

Saturday, May 9, 2009

Marble Choc Cheese Cake

Posted by Photo Journey & Dapur & Oven at Saturday, May 09, 2009 5 comments
First time buat kek yang ada cheese ni. dah lama amik resepi ni dlm fotopage Maklang, tapi last week baru try buat n jadi n sungguh sedap. Kombinasi kek coklat n cheese memang sedap. My hubby bawk g opis dia n terus ada yang nak order. Alhamdulillah..ada gak yang nak order dgnku yang serba amatur ni. Terima kasih byk2 ye coz bagi support kat aku dan teruslah mengoder dariku ye!!



Order dari Wani yang kecik comel jer orgnya. Dia nak yang versi kecik. Harap wani berpuas hati..orderla lagi ye!!


Ini plak Marble Choc Cheese Cake saiz biasa order dari K.Farah. K.Farah request tulis Happy Mothers Day. Tapi mintak maap bebanyak kt K.Farah coz tulisanku ini hodoh sesangatla. Maklumla, dah lama tak menulis, cam dah tak reti nak buat tulisan cantik skit. Minta maaf ye K.farah n thanks for order. Hope K.Farah suka ngn kek ni n lehla order lagi ye!!


Ini plak Kek Keladi versi kecik order dari Elia. Elia juga order Sheperd Pie dgnku. Thanks for order!! Nnti orderla lagi ye!!


Ini dia Macaroni Baked Cheese order dari Hijriah utuk dimakan di opis. Harap Hijriah juga berpuas hati dgn masakkanku ni. Next time orderla lagi...


Resepi: Marble Choc Cheesecake
Sumber: Fotopage Maklang

Bahan A:
180 g Mentega
20 Serbuk koko (diayak)
170 g gula kastor
3 biji telur
120 g tepung naik sendiri
1 s/ ke baking powder

Bahan B:
250 g cream cheese
60 g gula kastor
1 s/k esen vanilla
1 biji telur

Cara-Cara:
1. Pukul butter & gula hingga kembang
2. Masukkan telur sebiji demi sebiji
3. Masukkan serbuk koko, tepung dan baking powder yang telah diayak. Gaul rata
4. Dalam bekas yang lain, pukul Bahan2 B hingga kembang
5. Tuang 1 bahagian adunan A ke dalam loyang dan ratakan. Kemudian, tuangkan semua adunan bahan B dan ratakan. Then tuangkan baki adunan A
6. Bakar dalam oven 160 C selama 60 minit
7. Setelah masak, tunggu hingga betul2 sejuk sebelum dipotong.

SELAMAT MENCUBA!!

Thursday, May 7, 2009

YEaY!!! Dpt Award!!!

Posted by Photo Journey & Dapur & Oven at Thursday, May 07, 2009 0 comments


Thanks Tasha for the Award. First time dpt ni. Suka tak terkata. hehehe.. Tak tahula nak bagi kt sapa ni. Bagi kt My Hubby conpomnya takkan amik. bagi kt beberapa org jerla. Kira acila tu ye!!

The rules are :

Letakkan award ini di blog anda .
Anugerahkan award ini kepada 10 Blog yang anda anggap paling berinspirasi dan sangat mesra.
(tanpa mengikut turutan)

Elia: MommyEryna
Echa: MamaQaseh
Zati: Mom's to be
Aida: MamaAdriana
Wati: UmiAwish
Hijriah: IbuHiwayat




Tuesday, May 5, 2009

Peach Layer Cake n Macaroni Baked Cheese

Posted by Photo Journey & Dapur & Oven at Tuesday, May 05, 2009 0 comments
Hi all... Another cake from Dapur n Oven!!! Kek ni saja2 buat untuk my hubby. Saja try buat versi aku sendiri. Hubby puji kek ni n dia cakap cam puding pun ada gak. Memang sedap, kombinasi buah peach n kek span ditambah ngn fresh cream. sapa2 yang nak try kek ni, orderla dgnku ye... Boleh pilih nak kek span coklat or vanilla.





Yang ni plak Macaroni Baked Cheese yang dioder oleh Wani, K.Noni n K.Mardiana. Dah lama dah diorang order ni rasanya last two weeks, tapi br arini ingt nak upload. Pada minggu yang sama gak aku terima banyak order utk Sheperd Pie. Antaranya adalah, Tasha, K.Dila, K.Ela (2 kali order), K.As, K.Farah (2 kali order), Cik Yam n Nana. Thanks for oder. Kalu sedap, orderla lagi ye!!!

Monday, May 4, 2009

Kek Sodap

Posted by Photo Journey & Dapur & Oven at Monday, May 04, 2009 2 comments
Salam semua... Ini adalah kek buatanku yang terbaru iaitu Kek Lapis Pandan. Kek ni memang sedap dan comel!! Sungguh sedap n tak terasa bila makannya. Sesiapa yang dh try ni, silala bg komen ye!!! dan kepada sesiapa yang nak order, sila kol or sms or tinggalkan msg kt sini ye...



Nila isi dalamnya.. menggiurkan tak???hehehe


Ni plak versi yang kecik. Sesiapa yang nak order versi ni pun leh gak order.


Ini buat kali kedua utuk My SIL yang celeb besday on 1st May aritu. Aku dah buat sebijik kek dah utk diaorang, tapi cepat sungguh habis dan request nak lagi kek ni nak bwk blk Klantan. Tlg Abaikan yang dh dipotong tu. Tak sabar nak rasa..hehehe



Ni plak Lauk pauk simple yang aku masak last week. Pucuk paku goreng belacan. Susah tul nak jumpa pucuk paku ni tau!! Skali jumpa kt pasar malam trus 3 ikat aku beli. Nyam-nyam!!


Ini plak Ayam masak halia kegemaranku...


Resepi: Pandan Layer Cake
Sumber: Jasmeen Nadiya

Bahan-Bahan

Kek Span

Adunan Pandan
1050 g santan cair
225 g gula kastor
2 sudu teh serbuk agar-agar
1 sudu teh esen pandan
100 g tepung hoenkwe hijau

Cara-Cara
1. Masak semua bahan di atas api sederhana. Kacau hingga ia jadi pekat
2. Untuk menyediakan kek, mula2 sediakan bekas yang lebih besar dari saiz kek.
3. Tuang adunan pandan, biar sekejap, letakkan kek, tuangkan adunan pandan lagi, letak kek dan ulang hingga semua selesai.
4. Jangan tutup kek terakhir dengan adunan pandan, cuma kemaskan tepi2 yang kosong sahaja.
5. Sejukkan di dalam peti sejuk. Setelah itu, keluarkan dari bekas dan bolehlah dipotong....

Selamat Mencuba!!
 

Bakelicious By Dapur & Oven Copyright 2009 Sweet Cupcake Designed by Ipiet Templates Image by Tadpole's Notez