Monday, May 4, 2009

Kek Sodap

Posted by Photo Journey & Dapur & Oven at Monday, May 04, 2009
Salam semua... Ini adalah kek buatanku yang terbaru iaitu Kek Lapis Pandan. Kek ni memang sedap dan comel!! Sungguh sedap n tak terasa bila makannya. Sesiapa yang dh try ni, silala bg komen ye!!! dan kepada sesiapa yang nak order, sila kol or sms or tinggalkan msg kt sini ye...



Nila isi dalamnya.. menggiurkan tak???hehehe


Ni plak versi yang kecik. Sesiapa yang nak order versi ni pun leh gak order.


Ini buat kali kedua utuk My SIL yang celeb besday on 1st May aritu. Aku dah buat sebijik kek dah utk diaorang, tapi cepat sungguh habis dan request nak lagi kek ni nak bwk blk Klantan. Tlg Abaikan yang dh dipotong tu. Tak sabar nak rasa..hehehe



Ni plak Lauk pauk simple yang aku masak last week. Pucuk paku goreng belacan. Susah tul nak jumpa pucuk paku ni tau!! Skali jumpa kt pasar malam trus 3 ikat aku beli. Nyam-nyam!!


Ini plak Ayam masak halia kegemaranku...


Resepi: Pandan Layer Cake
Sumber: Jasmeen Nadiya

Bahan-Bahan

Kek Span

Adunan Pandan
1050 g santan cair
225 g gula kastor
2 sudu teh serbuk agar-agar
1 sudu teh esen pandan
100 g tepung hoenkwe hijau

Cara-Cara
1. Masak semua bahan di atas api sederhana. Kacau hingga ia jadi pekat
2. Untuk menyediakan kek, mula2 sediakan bekas yang lebih besar dari saiz kek.
3. Tuang adunan pandan, biar sekejap, letakkan kek, tuangkan adunan pandan lagi, letak kek dan ulang hingga semua selesai.
4. Jangan tutup kek terakhir dengan adunan pandan, cuma kemaskan tepi2 yang kosong sahaja.
5. Sejukkan di dalam peti sejuk. Setelah itu, keluarkan dari bekas dan bolehlah dipotong....

Selamat Mencuba!!

2 comments on "Kek Sodap"

mommyeryna on May 04, 2009 8:27 PM said...

jeri..kek lapis pandan ni sedapppp sgt...tp personally elia lebih ske yg keladi...tp afzal n adik prefer yg pandan ni...anyway, due2 pon SEDAPP.. :)

Reza on May 05, 2009 3:10 AM said...

sodapnya eden tengok kek akok nih....
(noghori semilan)...bila leh nak raas nih.... hehhehe

 

Bakelicious By Dapur & Oven Copyright 2009 Sweet Cupcake Designed by Ipiet Templates Image by Tadpole's Notez