Thursday, February 26, 2009

H@PpY BiRtHd@y!!!!

Posted by Photo Journey & Dapur & Oven at Thursday, February 26, 2009 4 comments Links to this post


Kek Coklat Moist ni diorder oleh Opis Mate En. Nuli untuk Boss diaorang.
First time diorder oleh Opis mate en. Nuli. Biasanya kengkawan aku jer yang mengoder drpd aku. Yela, Masa kt UTM dulu aku slalu bawak kek ni. Diaorang memang suka sgt. Kalu blk kampung tak sah tak bawak kek ni g UTM. Dulu mama aku yang buat, aku memang tak reti pun masa tu. Tapi skang ni dah jd fulltime housewife, keje aku kt dapur jerla. suka search resepi2 n try it. Yang tukang try skang ni opismate En. Nulila. Mintak maafla kalu kuih yang aku buat tak sedap ke, terlebih masin ke or terlebih manis ke ye... Tapi aku suka bg korang apa yang aku buat ni. hehehe.

Sesiapa kalau berkenan, lehla order nagn aku, kek coklat moist or kek span.
Aku bg murah2 jer. hehe

Ni aku bagi resepi kek Coklat moist. aku amik dr MyResipi. Nama kek ni

Death By Chocolate Cake
Bahan-Bahan
2 cawan gula
2 cawan tepung gandum
3 biji telur gred A
1 cawan koko powder
1 cawan susu cair
1 cawan butter cair
1 cawan air panas didih
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil esen vanilla

Untuk Ganache
2 cawan whipping cream
500 g cooking chocolate
1/8 cawan golden syrup


Cara-cara
1. Tepung+koko powder+soda bikarbonat+baking powder diayak bersama
2. pukul gula dan telur sampai kembang. Tambahkan esen vanilla
3. Masukkan susu cair dan butter cair ke dalam adunan. kacau sebati
4. Masukkan bahan2 yang diayak kedalam adunan. Gaul dgn cara kaup balik
5. last sekali, masukkan air panas. Kacau sebati
6. bakar selama 45 minit pada suhu 175-180 degree

UIntuk Ganache
1. didihkan Whipping cream
2. Bila dah didih, padam api dan masukkan cooking choc. Kacau sebati
3. Tambahkan golden syrup
4. kemudian lehla sapuka ke atas kek

sebenarnya resepi untuk ganache ni panjang lg, aku cuma guna yang ni jer

Selamat Mencuba ye!!!

DiNneR KaMi

Posted by Photo Journey & Dapur & Oven at Thursday, February 26, 2009 0 comments Links to this post
Dinner kami malam tadi simple jer. Mee goreng basah.
resepinya pakai hentam saja. just masukkan ayam dan sayur2.



Permintaan My Dear nak Nescafe panas, tapi aku buat Neslo panas... hehehe
Neslo ni My Dear favourite gak. Enjoy!!!

Menu For Today

Posted by Photo Journey & Dapur & Oven at Thursday, February 26, 2009 1 comments Links to this post
Menu lunch kami hari ini Ayam Masak Kicap dan Sayur Campur jer. Irdina pun makan yang ni jer. Tp dia tak nak mkn sgt. Sesuap jer. Coz aku dh letak nestum dlm susu dia, tu yang dh kenyang kot.





Resepi untuk Ayam Masak Kicap aku ni paling senang dlm dunia. hehehe
First, goreng ayam
Then, tumis Bawang Besar sebijik, 5 tangkai Cili Padi, 1/2 tangkai Cili Merah.
Masukkan ayam
Lastly, tuang kicap manis sesuka hatila. Kacau n angkat.

Aku selalu hentam jer bab masak-memasak lauk ngn sayur ni. Ikut sedap aku jer. hehehe. First time aku masak nasi ayam pun aku pakai hentam jer bhn2nya. Tapi En. Nuli kata sedap gak aku masak. hehehe. Itu pujian ikhlas or sekadar amik hati pun aku tak tahulah. yela, kalu tak puji, tentu aku malas dh nak msakkan?... Cubalah try Ayam Masak kicapku ni ye!!

Tuesday, February 24, 2009

Our lunch Yesterday

Posted by Photo Journey & Dapur & Oven at Tuesday, February 24, 2009 3 comments Links to this post





Tengah hari semalam (isnin), Aku masak simple2 jer. selalu memang simple cam ni jer. 2 orang jer makan. Permintaan En. Nuli nak ikan cencaru sumbat yang digoreng dan bendi rebus nak cicah ngn budu. So aku tambah la sayur skit. Aku goreng sayur taugeh+carrot+kobis kicap jer.



Ini plak bubur nasi untuk Irdina. Aku letak ayam, carrot n brokoli untuk Irdina. Irdina ni memang suka kalau lauk ayam. kalau nasi dia ada ayam habis semangkuk. Kalu lauk lain, tolak tepila. cam arini aku buat bubur letak ikan bilis, sesuap pun tak nak makan.


Irdina ngn buburnya. berlagak nak mkn sendiri. hehehe



Resepi utk Ikan Cencaru sumbat ni simple sesangat. Resepi dari mama aku.
Untuk seekor ikan aku tumbuk 5 biji cili padi, garam secukup rasa dan sedikit belacan. tu ajer. Ikan ni boleh gak dibakar dalam oven. selalu buat, aku bakar ikan ni.
Selamat mencuba!!!

Monday, February 23, 2009

CupCake Ku

Posted by Photo Journey & Dapur & Oven at Monday, February 23, 2009 0 comments Links to this post


Ini dia Cupcake ku yg comot dan cam gelabah semacam jer. hehehe. Maklumla mama budak baru belajar conteng2. Aku buat Cupcake ni untuk jiran tetanggaku, khas untuk kengkawan Irdina. Kengkawan Irdina semua dh skolah. Irdina jer budak kecik yang tak leh jln lg n kene berjalan pakai walker. Walker Irdina dh ke mana2 dah berjalan ats tar depan umah ni. Orang main bola, dia pun nak main bola. bukan bola ringan2, tapi netball nyer. Tiap2 petang tak sah tak kuar main, mesti nak g main nyer. Tu citer pasal Irdina. Skang citer pasal Cupcake lak. Resepi untuk Cupcake ni aku guna resepi Vanilla Cupcake dapat dari Myresipi. Cuma aku tambah ovelatte skit supaya kek lebh gebu. Yang ada tulis I Love You tu untuk Ex-boypren ku.



Vanilla Cupcake
Sumber: Myresipi

Bahan-Bahan
150 g Butter
185 g Tepung naik sendiri
150 g Gula kastor
1/2 Sudu teh soda Bikarbonat
3 Biji Telur
1 Sudu teh Esen Vanilla
1 Sudu teh Ovelatte

Cara-Cara
1. Pukul butter dan gula hingga kembang
2. Masukkan telur sebiji demi sebiji dan esen vanilla
3. Masukkan Ovelatte
4. Masukkan tepung naik sendiri yang sudah dicampur dengan soda bikarbonat dan telah diayak terlebih dahulu
5. Susunkan kertas kek cawan ke dalam acuan. Masukkan adunan hingga 3/4 penuh
6. Bakar selama 10 minit dengan suhu 180 c

Buttercream
Bahan-Bahan
125 g Krimwell
125 g Butter
100 g Susu Pekat
40 g Gula Aising
1 Sudu kecil Esen Vanilla

Cara-cara
Putar semua bahan-bahan di atas hingga gebu, kembang dan putih.
then, bolehla letak apa2 kolor.

Sunday, February 22, 2009

Welcome To My Blog!!!

Posted by Photo Journey & Dapur & Oven at Sunday, February 22, 2009 1 comments Links to this post
Hai Semua.... i'm blogger now just like my dear hubby(Nuli).
I like to cook, bake & try any recipe that i think its look yummy.
So, happy reading & cooking & baking.
 

Bakelicious By Dapur & Oven Copyright 2009 Sweet Cupcake Designed by Ipiet Templates Image by Tadpole's Notez