Tuesday, September 29, 2009

SI COMEL BERBAJU RAYA CONTEST

Posted by Photo Journey & Dapur & Oven at Tuesday, September 29, 2009 3 comments
Babyibu adakan contest. Sangatlah menarik perhatianku. Memandangkan Raya kali ni first time Irdina pakai baju kurung, so aku rasa patutlah aku join contest ni. Hadiah yang ditawarkan berbaloi-baloi.... Jom semua join contest ni.


Cara Penyertaan
Pertandingan dibahagikan kepada Kategori A (Boys) dan Kategori B (Girls)
  • Pertandingan dibahagikan kepada dua fasa:
  • Fasa 1: 23 September 2009 – 15 Oktober 2009 - Semua peserta submit gambar Si Comel Berbaju Raya.
  • Fasa 2: 16 Oktober 2009 – 31 Oktober 2009 - Top Ten akan dipilih. Pemenang akan dipilih berdasarkan undian.

Syarat Penyertaan

  • Jadi Follower BabyIbu dan add BabyIbu dalam bloglist anda (DONE)
  • Letak banner di sidebar blog anda dengan link ke entri ini. (DONE)
  • Membuat entri mengenai contest ini diblog anda (DONE)
  • Dalam entri itu, upload satu (1) gambar si comel anda berbaju raya (berbaju raya = baju kurung/baju melayu) (DONE)
  • Sila nyatakan nama si comel dan umurnya
  • Dalam entri tersebut pastikan anda mention dan link ke BabyIbu dan semua sponsor (no link back will be disqualified) (DONE)
  • Bila dah siap, tinggalkan link entri anda di entri ini.(DONE)
Hadiah Yang Sangat Menarik

Bagi Kategori A:

Hadiah Pertama
-Casual Meg daripada Gin & Jacqie
-Necklace by S daripada Sherry
-120 pieces of 4R photo prints daripada eoe Online
-RM30 Gift Card daripada leanalittleshop

Hadiah Kedua
-Reversible gemstone ring imported from US daripada TH
-RM10 Gift Card daripada leanalittleshop
-80 pieces of 4R photo prints daripada eoe Online

Hadiah Ketiga
-Eyeko: Silver shopper (imported from UK) daripada Mia
-RM10 Gift Card daripada leanalittleshop
-40 pieces of 4R photo prints daripada eoe Online

Bagi Kategori B:

Hadiah Pertama
-Colorful Sally daripada Gin & Jacqie
-Pretty Birdie Earrings daripada Niko
-120 pieces of 4R photo prints daripada eoe Online
-RM30 Gift Card daripada leanalittleshop

Hadiah Kedua
-Reversible gemstone ring imported from US daripada TH
-RM10 Gift Card daripada leanalittleshop
-80 pieces of 4R photo prints daripada eoe Online

Hadiah Ketiga
-Eyeko badges and postcard set (imported from UK) daripada Mia
-RM10 Gift Card daripada leanalittleshop
-40 pieces of 4R photo prints daripada eoe Online

Hadiah Misteri
Terdapat hadiah misteri khas untuk referrer terbanyak sepanjang tempoh contest (diadili guna Google Analytics)..


P/s: Jutaan terima kasih kepada sponsors kita..Gin & Jacqie, eoe Online, leanalittleshop, Sherry, TH, Mia dan Niko..

Inilah dia gambar anak dara kami berbaju raya di hari raya... Taraaaa!!!!
Nama: Nur Irdina Delisha Bt Mohd Nuruli Azahari
Umur: 1 Tahun 5 Bulan

Saturday, September 19, 2009

Selamat Hari Raya

Posted by Photo Journey & Dapur & Oven at Saturday, September 19, 2009 0 comments
Saya dan Hubby ingin mengucapkan Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir Batin pada semua sahabat handai dan juga pada customer yang sudi menempah kuih raya, kek dan cokelat raya dari Dapur & Oven.

Thursday, September 3, 2009

Coklat & Spaghetti Goreng

Posted by Photo Journey & Dapur & Oven at Thursday, September 03, 2009 5 comments
Kepada sesiapa yang nak order Biskut Raya, Coklat & Kek untuk raya ni dipersilakan order cepat2 ye. Kek pun boleh order dgnku untuk raya ni, tapi Pagi Jumaat 18/9 dah kene amik dari akula coz kami akan blk ke klantan pagi jumaat tu. Insyaallah kek yang aku buat akan tahan lebih dari 3 hari kalau letak dalam fridge. Order ye jgn tak order. :)

Coklat2 di bawah ni order dari Kakak Adnin. Semuanya Courverture yang sgt sedap. Di samping tu jugak dia order 2 Macaroni Baked Cheese untuk anak2 dia. Harap2lah akak berpuas hati ye. Sorry kalau ada yang terkurang. Saya hutang satu balang biskut tembikai. Nnti siap biskut tu, saya pass kat Adnin ye. Thanks ye kak..Lain kali orderlah lagi..
Kakak Adnin order 13 Teddy Bear Courverture

10 Lolichoc Courverture

2 bekas Courverture (40 biji) & K.Wana pun order yang ni gak satu bekas. Thanks K.Wana.. silalah order lagi utk raya ni

Ini order dari my sis utk kwn2 dia kt Uitm. Untuk bekas kecik camni (10 biji), aku jual RM10.00 utk Courverture & RM 9.00 utk Compound

Yang ini pun my sis gak order utk kawan2 dia.

Coklat Compound ni aku poskan utk kawan aku, Jack. Adik dia nak sample utk buat door gift.
Coklat ni versi besar. Harga sebiji dalam box RM 1.50 (Courverture) & RM 1.40 (Compound)

Harga untuk 2 biji coklat versi kecik comel ni dalam box RM 1.90 (Courverture), RM 1.70 (Compound) & RM 1.80 (Mix Courverture+Compound)

Harga utuk satu coklat Versi Love RM 1.10 (Courverture) & RM 1.00 (Compound)

Exclusive Box ada 2 coklat RM2.50 (Courverture), RM 2.30 (Compound) & RM2.40 (Mix)

Teddy Bear RM1.70 (Courverture), RM1.50 (Compound)

Compound Versi kecil comel RM24.00 utk 40 biji.

Ini plak selingan jer. Sahur hari khamis, aku masak spaghetti goreng. Sgt sedap. Ini kes teringat spaghetti yang K.Wana buat masa IMHO testing photoshoot convocation kt umah Reza & K.Wana. K.Wana buat lagi sedap. Dia memang terrer buat spaghetti ni.


Resepi: Redah jer..hehehe
Sumber: K.Wana (thanks K.wana)

Bahan-Bahan
Spaghetti (Rebus & toskan & gaulkan spaghetti ngan butter)
Beberapa ketul daging ayam/udang/lala (ikut suka). Aku boh daging ayam jer
Sayur-mayur (Brokoli, Bunga Kobis, Carrot, Celery & Cendawan Butang)
Lada Capsicum
Bawang putih 2 ulas potong hancur
Bawang besar 1/2 biji. Potong dadu
Kiub ayam
serbuk black pepper & white pepper
Serbuk cili pun aku letak
Sos BBQ Life (tak der pun tak per) ni iku suka aku jer ni.

Cara-Cara
1. Tumis bawang putih n bawang merah ngn butter hinnga kekuningan & naik bau
2. masukkan ayam bersama air lebihan rebusan spaghetti
3. masukkan kiub ayam, Sos BBQ Life, black pepper & white pepper, serbuk cili
4. Masukkan carrot. kacau dan biarkan seketika sampai carrot lembut dan ayam masak
5. Masukkan sayur2 lain. kacau
6.last skali, masukkan spaghetti dan kacau sampai semua sebati. Sedia utk dihidangkan. nyum nyum!!

SELAMAT MENCUBA!!

Wednesday, September 2, 2009

Happy Family Contest

Posted by Photo Journey & Dapur & Oven at Wednesday, September 02, 2009 4 comments


Aku masuk contest lagi.. Kali ni contest ni dianjurkan oleh http://iedaluvsham.blogspot.com/. Tula..dok menjelajah & melawat blog mommy-mommy, jumplah contest ni, Cam rasa ada gambar yang sesuai jer ngan tajuk contest dia.
Inilah dia gambar My Happy Family. Aku suka gambar ni coz nampak Irdina amat gembira dilambung oleh kami dengan berlatarbelakangkan pokok2 teh.


So, kepada sesiapa yang nak join contest ni, silalah ke blog iedaLUVsham& Happy Family Contest untuk keterangan lanjut ye..


Tuesday, September 1, 2009

Peach Layer Cake, Kek Keladi & Biskut Raya

Posted by Photo Journey & Dapur & Oven at Tuesday, September 01, 2009 4 comments
Mintak maaflah kalau blog ni buat korang semua telan air liur time posa-posa ni. Tapi nak buat camner, blog makananlah katakan.. Kalau terliur, silakan order. gerenti sedap. hehehe

Peach Layer Cake ni order dari Elia uk Majlis bertukar-tukar juadah berbuka kat opis dia. Dia sms cakap kek tu Marbeles sgt.. Thanks Elia. Nnti utk raya orderlah sebiji dua kek ye...


Kek Keladi order dari K.Farah. Memang K.farah ni sgt sukakan Kek Keladi ni. Thanks K.Farah. Silalah order untuk raya niplak ye..

Cupcake fondant ni order dari my spupu utk besday gewe dia. Aku poskan ke Klate ngn Skynet, Dahlah lambat sampai, pastu cupcake ni dh jadi comot dah bila sampai. Agaknya main campak jer w/pun dah tampal sekeliling fragile

Inilah kuih raya Dapur & Oven

Tart Nenas & Biskut Arab order dari Hadi. Harap order lagi ye..Thanks
 

Bakelicious By Dapur & Oven Copyright 2009 Sweet Cupcake Designed by Ipiet Templates Image by Tadpole's Notez