Tuesday, March 31, 2009

Pakat Mai Order Kek D@pur D@n Oven!!

Posted by Photo Journey & Dapur & Oven at Tuesday, March 31, 2009 4 comments Links to this post
Mari-mari semua order kek dgnku.. Aku jual murah2 jer.
Skang ni D@pur D@n Oven ada menjual beberapa jenis kek iaitu
1.Choc Moist Cake/Muffin
2.Sponge Cake (Vanilla or Choc)
3.Banana Cake
4.Marble Cake
5. Yam Cake

Kepada sesiapa yang nak order dgnku sila call/sms:012-9112165 atau emel jer: zairie81@yahoo.com

Ini adalah kek keladi yang aku buat last week. Dulu2 mama aku selalu gak beli kek ni kt kedai kek kt Kb. Memang sedap dan berkrim. Oleh kerana dh lama tak makan n disamping nak try resepi baru, aku pun buatla kek ni. Memang sedap... Tak caya tanyala opismate hubbyku. Sedapkannn??? Order ye jgn tak order...hehehe





Resepi: Kek Keladi
Sumber: Lupala. dah lama amik

Bahan-Bahan
Kek Span (resepi aku dh bg)

Topping Keladi
1 kg keladi
1/2 cawan gula
3 biji telur (A)
120 g santan pekat
300 ml air
1/4 cawan tepung gandum
20 g tepung jagung
25 g gelatin
beberapa titik pewarna ungu
1/2 sudu teh garam
kelapa kering sebagai hiasan

Cara-Cara
1. Kupas keladi dan potong2kan. rebus hingga empuk
2. blend keladi dgn telur. Masukkan ke dalam periuk. Campurkan bahan2 lain hingga sebati. Kacau hingga mendidih dan masak
3. Potong kek span kpd 3 bhgn.
4. Ambil satu lapis kek dan sapukan krim keladi ke atasnya. Ulang sampai lapisan kek yang ketiga.
5. Tutup kek dgn krim keladi dan taburkan dgn kelapa kering
6. Masukkan ke dalam peti sejuk bebrapa jam sebelum dipotong supaya kek kemas dan padat.

Wednesday, March 25, 2009

H@ppy BirthD@y AdRiana!!!

Posted by Photo Journey & Dapur & Oven at Wednesday, March 25, 2009 1 comments Links to this post
Happy 1st Besday To Adriana. Moga sentiasa dimurahkan rezeki dan jadi anak yang solehah....
Thanks to Aida sudi jemput kami. Tapi seperti yang My hubby ckp dlm blog dia, kami dh sampai lewat dah. Semua periuk belanga dah dibasuh dan dah siap disusun. Tp kami dapat gak makan Nasi hujan panas, Laksa n Sate. Semua makanan sedap!!!. So ni jer yang aku bagi untuk Adriana. Kek Span Coklat ngan deco yang simple. Harap Aida n family sukalah kek aku ni. hehehe

.

Besday girl nak bukak hadiah...


Suka dia dapat banyak mainan.


Next Month Besday Irdina lak. Harapla semua dapat dtg ye. Cadangnya nak buat 18/4/09. Tapi tunggula Invitation Kad dr kami ye.

Friday, March 20, 2009

11 Bulan Nur Irdina Delisha

Posted by Photo Journey & Dapur & Oven at Friday, March 20, 2009 3 comments Links to this post
Ni serba sedikit tentang si kecik comel ni. Irdina lahir 16 April 2008 jam 10.55 malam. Irdina berkongsi tarikh lahir ngan mama aku. Waktu nak bersalin, aku dh seminggu lewat dr tarikh jangkaan. Agaknya dia nak jugak lahir sama tarikh ngn nenek dia. Dr Umur tiga hari sampai skang ni tdo meniarap. Irdina tak kuat meragam tp skang ni dah pandai buat perangai. Kadang2 geram jugak kt budak kecik ni. bab yang paling mencabar skali, time nak pakai pampers. Aduhhh susah tul nak bg dia dok diam2. Skang ni Irdina dah 11 bulan lebih dah. Rasa sekejap jer dia membesar. Cam rindu plak waktu dia dalam pantang dulu. Skang ni dah semakin aktif. Gigi dah ada 7 batang. Dah pandai cakap, Papa n Mama jer yang kami paham pun, sebutan lain satu apa pun tak paham. Umur 5 bulan setengah dh pandai crawl. Skang ni dah pandai jalan dua tiga langkah, pastu terus nak duduk. Still takut2 lg nak jalan. Dah Pandai mintak apa yang dia nak. Kalau dia nampak belon bergantung kt pasar malam or shopping mall, mesti dia nak. Papa nak g keje mesti nk dok kt pintu nak babai. Minnie n Mickey her favourite teddy. Asal jumpala Minnie or Mickey kt mn2, mesti dia nk sentuh or peluk. Kalau dia nangis, bg jer Minnie, terus senyap dan siap sengih2 pastu. Ni Irdina br baik dr selsema. Sian tul bila selsema. Mesti tak leh nak tdo mlm. Nak mkn ubat kene paksa. Lega bila dah sembuh ni.

Irdina masuk bwh meja. Papa n mama sibuk buat keje, dia pun sibuk gakla buat keje dia.


Permata Hati kami


Mama n Irdina@Cameron Highland

Tuesday, March 17, 2009

Donut ala J-Co

Posted by Photo Journey & Dapur & Oven at Tuesday, March 17, 2009 1 comments Links to this post
Sejak akhir2 ni malas tul nak update blog. Weekend bz ngn kenduri kawen orang. Bukan aku g menyibuk kt kenduri kawen orang, aku ikut Hubby photoshoot. Kes aku leh ikut ni pun sebb family aku dtg sini nak tengok irdina dan sebb hubby ada 2 body camera skang ni. So, lehla aku blajar shoot gambar pengantin lak. Kalu nak tengok gambr yang aku shoot, silala ke blog hubby ku. Klik Sini
Gambr2 yang aku amik biasa2 jer. Mama budak baru belajar. hehehe. Tapi Shoot Gambat pengantin satu hari ni memang penat tak terkata. Ingat senang ke jd Photographer ni. Patutla ramai photographer caj mereka agak mahal. Tapi Team IMHO Photography still amik murah2 lagi. Bukan senang nak amik gmbr yang cantik ni. Pasal kamera jer kene blajar many things. Tapi aku dh tahu skang ni pakai kit lens tak best. Gambar tak cantik sangat. Pastu kene edit. Kalu pakai lens yang best, pandai amik gambar, edit pun tak banyak. Senang keje. Tu bagi akula..

Okla...citer pasal Donut lak. Donut ni dah lama buat. Tp tula bz memanjang dan bercampur ngn malas melanda, hari ni br nak upload. Resepi Donut ni aku amik dr Fotopages K.Rinnchan. Memang sedap dan gebu. Donut ni dipanggil donut ala J-co coz donut ni mcm yang J-co buat kot. Aku pun tak tahu coz aku tak penah makan donut j-co. Kt sini mana ada donut J-co. Just Big apple. Setahu aku Donut J-co hanya d KL kot. Entahla...



Resepi: Donut ala J-Co
Sumber: Fotopages Rinnchan

Bahan A
850 g Tepung high protein
11 g instant yeast
1 camca teh garam
600 ml air masak suam

Bahan B
200 g tepung high protein
1 camca teh garam
60 g susu tepung
125 g gula castor
2 biji telur saiz kecil
125 g shortening / marjerin

Cara-cara
1. Campur dan gaul Bahan A hingga rata. Rehatkan selama 90 minit di dalam bekas yang ditutup ngn plastik.
2. Tumbuk doh untuk mengeluarkan udara terperangkap
3. Campurkan Bahan B ke doh A dan uli hingga sebati hingga menjadi satu doh semula. Rehatkan selama 15 minit dlam bekas yang ditutup ngn plastik. Then, tumbuk doh untuk keluarkan udara yang terperangkap.
4. Ambil sebahagian doh dan gelek setebal 1 cm. Terap guna acuan donut dan rehatkan di atas dulang yang ditabur ngan sedikit tepung supaya tidak melekat. reharkan laagi selama 10 minit
5. Goreng di dalam minyak yang byk dgn api yang sederhana besar hingga perang.
6. Angkat dan toskan minyaknya. boleh disalut ngn gula castor/ topping coklat.

Wednesday, March 11, 2009

Choc Moist Cake & Sponge Cake

Posted by Photo Journey & Dapur & Oven at Wednesday, March 11, 2009 1 comments Links to this post
Rasa dah lama tak update. Weekend lepas aku bz sesangat. Adik aku n kengkawan dia from Uitm Kuantan dtg tdo sini. Pas tu adik aku from Shah Alam pun dtg sini gak. Dia ada interview kt Batu kawan ahad lepas. Pas antar diala kami exciden tu. pas tu ingat nak update semalam, tapi masalah perempuan yang every month dtg plak semalam. Pas ada baby pun still sengugut lagi. Tp kali ni tersangat teruk sampai aku tak leh bgn. Nasib baik hubbyku tak g keje. Kalu tak saper nak jg si kecik cute miut ni. hehehe. Tula saper suh minum coke. Dah tahu dh nak sampai harinya, gatal g minum.

Kek-kek di bawah ni dioder oleh kawan aku, Ct Mariana untuk majlis kawen dia. Official Photographer untuk majlis Ct ni ialah Fazry. Aku buatkan untu Ct Kek Span dan Kek Coklat Moist. Yang 4 segi ni adalah Kek Span. Frosting kedua2 kek ni aku buat buttercream dan dihias ngn sugarpaste flower. Mintak ampun mintak maaf Ct, kek ni cam comot jer aku tengok. Aku kene improve lagi bab deco-mendeco ni. Sib baikla Ct kata sedap dan dia puas hati.

Kek yang ni untuk buat hantaran. Ni Choc Moist Cake. Aku buat kek ni lebih tinggi dari biasa. Pastu ditambah ngn sugarpaste flower lak, lgla makin tinggi sampai kotak tak leh nak tutup. Resepi untuk Choc Moist Cake ni aku dh letak kt entry seblum ni.


Ini plak Sponge Cake. Kek ni Ct cakap untuk makan2 ngn family jer. So aku buat simple cam ni jerla. Kek ni pun aku buat tinggi gak. Bolehla satu family makan.


Resepi : Kek Span
Sumber : Intan tp ambik from Mamafami

Bahan-Bahan
250 g telur (ditimbang tanpa kulit)
120 g gula kaster
125 g tepung naik sendiri
50 ml air
13 g ovallette
60 g butter cair
1 sudu kecil esen vanilla

Cara-Cara
1. Masukkan telur, gula kaster, tepung naik sendiri, dan ovallette ke dalam mangkuk mixer. Pukul dgn kelajuan yang tinggi
2. Masukkan air dan esen vanilla
3. Terus pukul hingga kembng dan ringan
4. Tuangkan butter cair dan kaup balikkan bancuhan
5. Bakar dlm oven yang telah dipanaskan pada suhu 180 C selama 40 minit.

Wednesday, March 4, 2009

Puding Roti

Posted by Photo Journey & Dapur & Oven at Wednesday, March 04, 2009 1 comments Links to this post


Puding Roti aku buat last week lagi. En. Nuli nyer Opismate dapat gak test aku punya puding roti ni. Sedap ke??? Nanti komen ye kalau sedap ke tak sedap. Lehla aku ejas2 apa yang tak kene. Ni first time aku buat Puding roti ni. Resepi ni dari dapur kak Hanieliza. Cam nampak best jer dia nyer Puding. Kak Hanieliza buat siap ada sos kastad lagi untuk dimakan ngn puding ni. Tapi bg aku Puding tu dah manis n sedap dimakan begitu saja. So tak yahla buat sos dia.
Sebenarnya nak study KPLI ni, tak lama lg dh nak exam. Tapi tangan ni dok gatal suh post gambar. hehehe Irdina la ni dok main ngn beg duit aku, suka tul dia sepah2kan duit yang tak seberapa dlm purse aku tu. Duit singgit2 jer byk. Kolor lain, tak derla. Akukan housewife. Gaji tak der.

Resepi Puding Roti
Sumber : Hanie Liza

Bahan-bahan
Bahan A
500 ml Susu segar
8 keping roti

Bahan B
4 sudu besar gula halus
2 sudu besar butter
2 biji telur
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu besar tepung jagung

Bahan C
2 sudu besar kismis hitam. aku boh dried strawberry

Cara-cara:
1. Koyakkan roti dan rendam dalam susu selama 1/2 jam
2. Kacau dan gaul rata Bahan B
3. Masukkan semua bahan kedalam loyang
4. Bakar pada suhu 180 C selama 30 minit / sampai masak

Selamat mencuba!!!

Tuesday, March 3, 2009

Pizza Oh Pizza

Posted by Photo Journey & Dapur & Oven at Tuesday, March 03, 2009 1 comments Links to this post
Nila dinner kami last night, Homemade Pizza. Nnti aku tempek resepi ye!!
My hubby said sedap cam kt pizza hut. tul ke?? Dah dia kata sedap tu ialah kot.. hehehe
Aku bantai jer topping. bubuh apa yang ada kt umah ni. untuk sos topping aku boh sos tomato n sos cili jer.

Yang ini aku letak daging cincang, sosej, tomato ceri, lada capsicum
n bawang n cheddar cheese



yang ni untuk Mr Nuli sepenuhnya. Ada daging cincang, tomato ceri,
lada capsicum n bawang yang banyak. Coz my hubby suka bawang.


Dan yang ini untuk budak kecik sebab just letak sos tomato n sos plum. Then letak sosej n tomato ceri n cheddar cheese yang banyak. yang ni aku buat nipis skit.


Resepi : Homemade Pizza

Bahan-Bahan
500 g tepung roti
12 g garam
8 g yeast
16 ml olive oil / minyak sayur
250 ml air suam

Cara-cara
1. Masukkan semua bahan dalam mixer, kalau tak der mixer uli jerla ngan tangan.
2. Dah uli, tutup nagn plastik. Tunggu 15 minit supaya doh naik.
3. Pastu lehla doh ni digelek jadi bulat. doh ni akan naik 2 kali ganda dr saiz asal.
4. Letakkan doh yang diuli atas dulang pembakar. sapukan permukaan dengan sos tomato n sos cili. ikut suka
5. Letakkan topping pilihan
6. Akhir sekali baru taburkan cheese.
7. Bakar dalam oven. Suhu 200 deg selama 15 minit.

Selamat Mencuba!!
 

Bakelicious By Dapur & Oven Copyright 2009 Sweet Cupcake Designed by Ipiet Templates Image by Tadpole's Notez