Monday, August 31, 2009

Nasi Kerabu Sodap!!!

Posted by Photo Journey & Dapur & Oven at Monday, August 31, 2009 2 comments
Inilah Nasi Kerabu Kuning. Kenapa kolor kuning??? Aku letak serbuk kunyit kat nasi tu. Yang jual kat kedai tu diaorang letak food colouring jer. Resepi ni spupu aku yang bagi. Last year adalah jemput ramai dtg berbuka umah kami ni. Tapi puasa tahun ni amatlah kekurangan bajet, so jemput Ali&Adnin dan Redza& K.Wana jer. Tapi Redza&K.Wana tak dpt join coz Family Redza dtg berbuka umah diaorang. Leceh gak nak buat nasi kerabu ni coz dia byk geng2 yang kene ada. kalau tak der salah satu memang tak lengkaplah nasi kerabu ni. Tu yang aku buat time bulan posa jer.
Nasi kerabu ni letak serbuk kunyit & Daun Limau Purut biar wangi skit.

Antara Ulam-ulaman ( Bunga Kantan, Daun Kesom, Kacang Panjang, Taugeh & Timun)

Ikan celup tepung. Tepung aku buat sendiri jer.

Kelapa goreng yang dicampur dengan Lada Hitam, Garam, Bawang Merah, Halia & Ikan Rebus)

Ayam Goreng Rempah

Sambal Tumis

Sambal Lada

Inilah Budu

Jeng jeng jeng!! Akok yang sgt sedap. Resepi ni pun spupu aku yang bagi. Aku buat dlm loyang jer coz aku tak der acuan akok. Lega dpt makan akok.. maklumlah kami ni ore klate, mesti nak mkn mknn ore klate. Berbuka ptg nanti nak buat plak.. hehehe

Ini Mini Marble Choc Cheesecake, last week buat utk makan pas berbuka.

TomYam Sayur ni buat last week. segala jenis sayur aku masukkan.

Ayam goreng kunyit (Garam+Bwng Putih+Halia)

Sunday, August 23, 2009

Mai-Mai Order Semekut Raya & Coklat!!!

Posted by Photo Journey & Dapur & Oven at Sunday, August 23, 2009 5 comments
Salam Ramadhan buat semua... Moga ceria-ceria selalu!!! Dapur & Oven ada produk baru untuk dijual. Pakat mailah order Coklat dgnku... This is My Homemade Chocolate & it's HALAL... Homemade Coklat ni sgt sedap... Ada 2 jenis Coklat iaitu Courverture dan Compound.

Coklat Courverture ni lagi mahal dari Coklat Compound coz ia dibuat menggunakan cocoa butter. Semua coklat yang mahal- mahal kat pasaran menggunakan coklat Courverture ni. Rasa Coklat Courverture sebijik macam Coklat Cadbury. Sedap......
Coklat Compound pulak murah dari Coklat Courverture coz ia dibuat menggunakan lemak sayuran sebagai ganti cocoa butter dan rasa dia tak selemak manis Coklat Courverture.

Kalau nak rasa betapa sedapnya coklat ni, cepat2lah order dgnku. Anda semua boleh pilih filling apa yang anda nak. Kalau tak nak filling pun boleh gak. Kat sini Dapur & Oven ada menawarkan
1. Filling Blueberry
2. Filling Cocoa
3. Filling Strawberry
4. Filling Orange
5. Almond Nut

Coklat yang ini adalah contoh Coklat Compound. Cantikkan.. Colorfull gitu.



Untuk Coklat Compound ni anda semua boleh combined 2 kolor dalam satu coklat. Contohnya Coklat dgn Pink / Coklat dgn Putih / Pink dgn Putih.


Kotak yang kami tawarkan untuk 2 biji coklat saiz kecil

Teddybear yang cute ni sesuai untuk door gift

Lolichoc.. Kanak2 memang amat sukakanya.

Ini adalah Coklat Courverture. Sgt lembut dan sedap



Tidak lupa jom order Tart Nenas, Biskut Arab & Biskut Tembikai. Semua biskut ni RM17.00 untuk 50 biji. Untuk Tart nenas ni aku buat sendiri jam nenasnya. Memang sgt sedap dan lembut. Tak caya tanya Hubbyku...hehehe


Biskut Arab



Sesiapa yang belum cuba Biskut Tembikai, silakan mengorder dgnku. Biskut ni pun sgt sedap. Last year ramai yang order biskut ni.

Menu Berbuka 1 Ramadhan

Posted by Photo Journey & Dapur & Oven at Sunday, August 23, 2009 2 comments
Inilah menu untuk berbuka kami semalam. Semua aku masak sendiri. Macam semangat jer nak masak utk 1st puasa. Masuk daour dari kul 4 ptg, kul 6 dah siap. emmm ceptlah plak. Tu yang suh Hubby amik gmbr makanan ni.

Ni ikan bakar resepiku sendiri. Selalu kalau nak bakar ikan lapik daun pisang, tapi aku lapik kobis. Tersangatlah sedap coz kobis pun leh mkn n kobis ni ada rasa manis2 sket bila dibakar ngn ikan. Terpikir nak lapik ngn kobis ni waktu aku kt UTM lagi. Dah susah sgt nak dptkan daun pisang, kobislah jadi mangsa. hehehe. Aku guna ikan cencaru belah 2, bakar ngn kobis. dalam kuali(letak miyak skit). Untuk sambal dia lak, tumbuk bawang merah 2 ulas dgn bawang putih 3 ulas. Serai sebatang diketuk. Tumis bawang sehingga wangi, masukkan serai, masukkan 4 sudu besar cili kisar, tumis hingga naik minyak, masukkan sedikit air, masukkan daun limau purut dan asam keping, garam dan sedikt gula. Masak sampai mendidih dan sedikit kering. Pastu curahkan atas ikan dan kobis tadi. Nak makan perah asam limau dulu baru best.

Kangkung Goreng Belacan. My favourite

Ini plak Kuih Bakar yang sgt sedap. Favourite Hubbyku. Resepinya sgt senang. Last aku buat kuih ni bulan posa tahun lepas. Lama dah tak buat. Sib baik jadi dan sedap. Aku buat separuh jer dari resepi ni coz aku mkn berdua jer.


Resepi: Kuih Bakar
Sumber: joayee My Resipi

Bahan-Bahan (6 org mkn)
1 cawan gula
1 cawan jus pandan (atau air + esen pandan)
2 cawan tepung gandum
2 1/4 cawan santan
2 sudu kecil butter
3 biji telur
1/2 sudu kecil garam
kolor hijau
Bijan.

Cara-Cara
1. Campurkan semua bahan, blend sampai sebati
2. Masukkan s sudu kecil minyak dalam loyang
3. Panaskan loyang dalam Oven bila minyak dah panas, masukkan semua bhn yang diblend tadi ke dalam loyang. Taburkan bijan bakar dan bakar pada suhu 180 C sampai brown / garing

Saturday, August 22, 2009

It's All About My Homemade Cake

Posted by Photo Journey & Dapur & Oven at Saturday, August 22, 2009 3 comments
Selamat Berpuasa semua!!!! dan Selamat Terliur ngan kek-kek ku yang amat lazat ni.. hehehe angkat bakul sendiri... Ini last week punya kek. Selamat tengok sambil telan liur ye.. then kalau teringin or mengidam, boleh order dgnku..

Ini bukan Black Forest, tapi Peach Layer Cake with Fresh Cream Frosting yang diorder oleh Hubbyku sendiri utk Besday Party kat his opis..

Kek Keladi ni order dari K.Farah sempena Anniversary. Happy Anniversary!!! K.Farah ni memang sgt sukakan Kek Keladi ni.. Aku dapat tahu dalam masa sehari dah abis dia makan ngn hubbynya berdua... Cayalah K.Farah... Len kali orderlah lagi...

Ini plak Peach layer Cake untuk Ali.. Saja buat utk dia coz ada lebih kek n peach n kebetulan besday dia 17/8/09 sambil wat kek utk Hubbyku.

Ini plak Puding Coklat Karemel utk Hubbyku bwk g opis.

Ni jemput-Jemput Carrot untuk makan petang pada hari hujan..emmm... sgt sedap.. Carrot pun leh wat jemput2 tau!!. Resepinya aku cipta sendiri. Gandum 2 senduk, carrot 1 btg (cincang n rebus sekejap), Bawang merah 2 ulas, garam skit n air. tu jer.. Cubalah...memang sedap mkn ngn cili sos......

Ini plak Kek Kopi. Aku try resepi dari Buku resepi yang aku beli (Resepi Istimewa). Kek ni sgt sedap tapi tak rasa kopi. Maybe lain kali aku akan tambah Coffee emulco & susu uht perisa kopi. Aku buat Ganache ni pun perisa kopi.


Resepi: Kek Kopi
Sumber: Buku resepi Kek Istimewa (Halimah Shuib)

Bahan-Bahan:
5 biji telur
250 g butter
250 g gula kastor
250 g tepung gandum
50 g serbuk koko
1/2 cawan susu segar
1 1/2 sudu besar serbuk kopi segera
2 sudu teh serbuk penaik
1 sudu teh esen vanilla
1/2 sudu teh garam halus

Cara-Cara:
1. Putar butter & gula hingga kembang, kemudian masukkan esen vanilla, serbuk penaik & garam. Putar hingga sebati.
2. sambil terus memutar, masukkan telur satu persatu, serbuk koko, serbuk kopi, susu & tepung sedikit demi sedikit. Putar hingga sebati.
3. Tuang adunan ke dalam acuan yang telah disapukan lemak sayuran dan beralas kertas minyak.
4. Bakar dalam ketuhar pada suhu 180 c selama 40-45 minit.

Untuk Ganache: Krim Hias Fantasia
Sumber: Rinn Chan

Bahan-Bahan:
200 ml madu
65 g butter
60 g serbuk koko
180 g air suam
250 ml susu cair
40 g tepung gandum
1 sudu teh esen vanilla

Cara-Cara:
1. Bancuh semua bahan kecuali butter. kacau hingga sebati dan tapis untuk mengelak bancuhan berketul-ketul apabila dididihkan
2. Masak seketika di atas api sedrhana, masukkan butter
3. Teruskan mengacau hingga bancuhan mendidih dan menjadi likat serta berkilat.
4. Sejukkan terlebih dahulu sebelum diletak di atas kek.


SELAMAT MENCUBA!!!

Monday, August 17, 2009

Very-Very Sorry......

Posted by Photo Journey & Dapur & Oven at Monday, August 17, 2009 9 comments
So SORRY jika...
*Jeri ada menyakitkan dan mengguris hati sesapa..
* Jeri ada post comment kat blog korang yang melampaui batas
*Jeri ada buat salah dan silap, terkasar bahasa dan apa saja yang telah mengganggu gugat keamanan sejagat.
Mintak maaf banyak-banyak kepada kengkawan dan pembaca blog semua kalau ada yang terasa ngan Jeri..... Jeri nak ada ramai kawan tapi tak nak ada satu pun lawan...Very-Very SORRY

Moga bulan puasa ni akan memberi satu perubahan dalam hidup kita.
Harap korang semua sentiasa support
this blog ...

Marble Choc Cheesecake & Tiramisu

Posted by Photo Journey & Dapur & Oven at Monday, August 17, 2009 3 comments
Marble Choc Cheesecake order dari K.Farah last week. K.Farah ni selalu order dgn ku. Tima kasih banyak2 K.Farah... & Happy 2nd Anniversary (kalau tak silap arinikan??). Semoga dilindungi Allah selalu dan happy always!!

Tiramisu in Cupcake.....Sajer2 buat nak try resepi. Aku buat 1/2 adunan jer tapi yogurt aku terbubuh utk satu adunan. Tu yang masam skit tiramisu aku tu... Len kali nak buat fikiran jgn melayang ke lain. Nilah jadinya... hehehe.. Tiramisu ni aku buat 2 versi (kopi & coklat)


Resepi: Tiramisu
Sumber: Hanieliza

Bahan-Bahan
1 biji sponge cake 10inx10in
Serbuk Nescafe

Adunan Cheese
1 ketul cream cheese (250g)
1/2 cawan gula kastor
1 cawan yogurt perisa asli (150ml)
2 camca teh gelatin dibancuh dgn 1/4 cwn air panas

Cara-Cara
1. Cream Cheese dipukul hingga berkrim, masukkan gula dan teruskan memukul. Masukkan yogurt dan pukul lagi. Akhir sekali masukkan bancuhan gelatin
2. Potong kek utk buat lapisan dasar tiramisu
3. Tuangkan sebahagian adunan cheese sehingga menutupi kek dan taburkan serbuk nescafe.
* Bilangan lapisan kek dan adunan cheese adalah bergantung kepada saiz bekas yang digunakan.

SELAMAT MENCUBA!!!

Wednesday, August 12, 2009

MomBloggersPlanet Cutest Baby with TOYS Contest

Posted by Photo Journey & Dapur & Oven at Wednesday, August 12, 2009 4 comments





Salam semua..... Kali ni nak update berkenaan dengan Irdina pulak... MomBloggersPlanet ada anjurkan contest.. Tiap-tiap bulan MomBloggersPlanet ni anjurkan. Untuk Bulan ni (August09), MomBloggersPlanet anjurkan Cutest Baby with Toy Contest. Ini julung2 kali Irdina masuk contest. Menang kalah lain cerita, yang penting join contest dulu. Sambil-sambil tu boleh kenal-kenal dengan Blogger-bloger yang lain...

Nama Peserta: Nur Irdina Delisha Binti Mohd Nuruli Azahari
Tarikh Lahir: 16/04/2008


Irdina dan kesayangannya..Mickey Mouse. Beli kat kedai 7-Eleven kat Kota Bharu. Kami singgah 7-Eleven ni untuk beli air, sedang papanya tengah pilih air, Irdina dah terpandang rak yang ada Mickey, terus ambil dan tak nak lepas dah. Dia punyalah cium dan peluk Mickey ni sampai tak nak bagi cashier scan untuk bayar. Part yang Irdina suka ialah part hidung tulah.... suka betul dia gigit hidung Mickey tu... Sejak beli Mickey tu, baru mama tahu Irdina sangat suka kan Mickey dan Minnie Mouse. Kalau pakai baju yang ada Mickey atau Minnie, memang Irdina sangatlah suka dan mulalah sengih jer. Kalau jalan-jalan kat Shopping Complex pun sama gak, kalau jumpa Minnie atau Mickey, Irdina akan peluk dan cium berkali-kali dan tak nak lepas pulak tu.... Masa tukar pampers, kalau nak Irdina duduk diam-diam, bagi jer Mickey atau Minnie kat dia, tentu dia asyik dok sayang-sayang dan gigit hidung. Senang kerja mama nak tukar pampers.... Mickey Mouse ni memang bermakna sangat sebab masa nilah dia yan g baru 7 bulan waktu beli tu, dah pandai tunjuk nak dan pandai sayang kat toys.

Irdina sangat suka bola-bola ni sebab ada Mickey Mouse. Apa saja yang berkaitan dengan Mickey atau Minnie, Irdina akan suka. Bola ni kalau picit ia akan berbunyi macam hon. Lagilah excited sikecik ni. Irdina suka main baling-baling bola dan kalau dia nak main bola, dia akan datang kat kita dan tunjuk bola. Itu bermakna dia nak main baling-balinglah tu...

Ini Music Book Irdina. Nama Music Book ni ialah Storybook Rhymes dari Fisher Price. Dalam ni ada 6 buah lagu kanak-kanak yang menghiburkan seperti I Went To The Animal Fair, The Ants Go Marching, Row,Row,Row Your Boat, One Two Buckle My Shoe, Hickory Dickory Dock & Pat-a-Cake,Pat-a-Cake. Sampai lagi ni dok main dalam kepala mama & papa. Setiap hari Irdina memang Irdina akan suruh mama nyanyi lagu dalam buku ni. Kalau Irdina tak boleh tidur pun mama akan nyanyi lagu-lagu ni untuk Irdina.

Inilah sebakul Irdina dengan toys dia...

Write your opinion about the usage of TOYS in early childhood learning

Memberikan mainan sangatlah penting bagi pertumbuhan dan perkembangan anak. Melalui bermainlah anak akan belajar (play to learn), tetapi menjadi tugas kita untuk memilih mainan yang baik agar buah hati kita dapat mempelajari banyakbenda ketika bermain. Setiap hari bagi anak kita adalah merupakan pelajaran buat mereka. Aktiviti dan permainan adalah salah satu pelajaran untuk perkembangan otak anak-anak kita. Mainan yang ada tekstur, bentuk dan warna yang menarik serta dapat mengeluarkan suara akan membantu anak meneroka dan belajar. Dengan bermain bersama-sama dengan anak, menyanyi, membaca ini akan mengeratkan lagi hubungan seisi keluarga dan seterusnya akan membuat anak-anak sentiasa riang gembira. Akhir sekali, keselamatan harus diutamakan apabila memilih mainan untuk anak-anak kita dan berpada-padalah dalam membeli permainan untuk anak-anak sebab kita juga tidak boleh terlalu mengikut kehendak anak-anak.

Ini adalah link-link yang menjadikan contest ini satu realiti..... Cayalah dan Terima Kasih banyak kepada LittleMama tuan punya MomBloggersPlanet.


Thursday, August 6, 2009

Kek, Brownies & Sheperd Pie

Posted by Photo Journey & Dapur & Oven at Thursday, August 06, 2009 3 comments
Ini adalah order-order from last week n last two weeks. Kepada yang order kek dgnku, kalau boleh aku harap bagilah komen ye. Sedap ke tak sedap ke.... dgn komen korang semua, aku lehla improvekan lagi masakanku. Tak lupa terima kasih byk2 kerna sudi order kek ngn Dapur dan Oven. Kalau sedap orderlah lagi!!!!

Marble Cheese Brownies order dari Jan (Adik Adnin) utk besday kawannya kat Parit Buntar. harap kawan jan suka ngan kek ni.

Choc Moist Cake order dari Zuhri utk besday anak dia. Ni last minute order. Sib baik ada bahan2.

Choc Moist Cake ni pun Order dari Zuhri gak.

Sheperd Pie order dari Apek (Jan's Fiance). Dia mengidam nak mkn ni coz masa g picnic kt taman negara Penang aritu tak sempat nak mkn byk2. tak sempat ke malu???? hehehe

Ini pun Choc Moist Cake order dari Surya utk besday anaknya.

Choc Moist Cake ni plak order dari kakak Adnin utk anak2nya coz anak2nya memang Chocolate lover. Diaorang tak nak ada hiasan aising per2. Kalu boleh semua nak coklat.

Marble Cheese Brownies ni order dari K.Farah.
 

Bakelicious By Dapur & Oven Copyright 2009 Sweet Cupcake Designed by Ipiet Templates Image by Tadpole's Notez