Saturday, August 22, 2009

It's All About My Homemade Cake

Posted by Photo Journey & Dapur & Oven at Saturday, August 22, 2009
Selamat Berpuasa semua!!!! dan Selamat Terliur ngan kek-kek ku yang amat lazat ni.. hehehe angkat bakul sendiri... Ini last week punya kek. Selamat tengok sambil telan liur ye.. then kalau teringin or mengidam, boleh order dgnku..

Ini bukan Black Forest, tapi Peach Layer Cake with Fresh Cream Frosting yang diorder oleh Hubbyku sendiri utk Besday Party kat his opis..

Kek Keladi ni order dari K.Farah sempena Anniversary. Happy Anniversary!!! K.Farah ni memang sgt sukakan Kek Keladi ni.. Aku dapat tahu dalam masa sehari dah abis dia makan ngn hubbynya berdua... Cayalah K.Farah... Len kali orderlah lagi...

Ini plak Peach layer Cake untuk Ali.. Saja buat utk dia coz ada lebih kek n peach n kebetulan besday dia 17/8/09 sambil wat kek utk Hubbyku.

Ini plak Puding Coklat Karemel utk Hubbyku bwk g opis.

Ni jemput-Jemput Carrot untuk makan petang pada hari hujan..emmm... sgt sedap.. Carrot pun leh wat jemput2 tau!!. Resepinya aku cipta sendiri. Gandum 2 senduk, carrot 1 btg (cincang n rebus sekejap), Bawang merah 2 ulas, garam skit n air. tu jer.. Cubalah...memang sedap mkn ngn cili sos......

Ini plak Kek Kopi. Aku try resepi dari Buku resepi yang aku beli (Resepi Istimewa). Kek ni sgt sedap tapi tak rasa kopi. Maybe lain kali aku akan tambah Coffee emulco & susu uht perisa kopi. Aku buat Ganache ni pun perisa kopi.


Resepi: Kek Kopi
Sumber: Buku resepi Kek Istimewa (Halimah Shuib)

Bahan-Bahan:
5 biji telur
250 g butter
250 g gula kastor
250 g tepung gandum
50 g serbuk koko
1/2 cawan susu segar
1 1/2 sudu besar serbuk kopi segera
2 sudu teh serbuk penaik
1 sudu teh esen vanilla
1/2 sudu teh garam halus

Cara-Cara:
1. Putar butter & gula hingga kembang, kemudian masukkan esen vanilla, serbuk penaik & garam. Putar hingga sebati.
2. sambil terus memutar, masukkan telur satu persatu, serbuk koko, serbuk kopi, susu & tepung sedikit demi sedikit. Putar hingga sebati.
3. Tuang adunan ke dalam acuan yang telah disapukan lemak sayuran dan beralas kertas minyak.
4. Bakar dalam ketuhar pada suhu 180 c selama 40-45 minit.

Untuk Ganache: Krim Hias Fantasia
Sumber: Rinn Chan

Bahan-Bahan:
200 ml madu
65 g butter
60 g serbuk koko
180 g air suam
250 ml susu cair
40 g tepung gandum
1 sudu teh esen vanilla

Cara-Cara:
1. Bancuh semua bahan kecuali butter. kacau hingga sebati dan tapis untuk mengelak bancuhan berketul-ketul apabila dididihkan
2. Masak seketika di atas api sedrhana, masukkan butter
3. Teruskan mengacau hingga bancuhan mendidih dan menjadi likat serta berkilat.
4. Sejukkan terlebih dahulu sebelum diletak di atas kek.


SELAMAT MENCUBA!!!

3 comments on "It's All About My Homemade Cake"

hijriah-hidayad-hiwayat on August 23, 2009 6:08 AM said...

sedihnya, xdan rasa kek utk besday party hr tu sbb MC.

Photo Journey & Dapur & Oven on August 23, 2009 11:32 AM said...

La ye ke? Len kali kalau ada besday Party, orderlah lagi ngn jeri ye...Bulihlah rasa betapa bestnya Peach Layer Cake ni... hehehe

mama salmi on September 11, 2009 1:16 AM said...

wah2..sodapnyer...karemal puding tu sodap..

 

Bakelicious By Dapur & Oven Copyright 2009 Sweet Cupcake Designed by Ipiet Templates Image by Tadpole's Notez