Monday, August 17, 2009

Marble Choc Cheesecake & Tiramisu

Posted by Photo Journey & Dapur & Oven at Monday, August 17, 2009
Marble Choc Cheesecake order dari K.Farah last week. K.Farah ni selalu order dgn ku. Tima kasih banyak2 K.Farah... & Happy 2nd Anniversary (kalau tak silap arinikan??). Semoga dilindungi Allah selalu dan happy always!!

Tiramisu in Cupcake.....Sajer2 buat nak try resepi. Aku buat 1/2 adunan jer tapi yogurt aku terbubuh utk satu adunan. Tu yang masam skit tiramisu aku tu... Len kali nak buat fikiran jgn melayang ke lain. Nilah jadinya... hehehe.. Tiramisu ni aku buat 2 versi (kopi & coklat)


Resepi: Tiramisu
Sumber: Hanieliza

Bahan-Bahan
1 biji sponge cake 10inx10in
Serbuk Nescafe

Adunan Cheese
1 ketul cream cheese (250g)
1/2 cawan gula kastor
1 cawan yogurt perisa asli (150ml)
2 camca teh gelatin dibancuh dgn 1/4 cwn air panas

Cara-Cara
1. Cream Cheese dipukul hingga berkrim, masukkan gula dan teruskan memukul. Masukkan yogurt dan pukul lagi. Akhir sekali masukkan bancuhan gelatin
2. Potong kek utk buat lapisan dasar tiramisu
3. Tuangkan sebahagian adunan cheese sehingga menutupi kek dan taburkan serbuk nescafe.
* Bilangan lapisan kek dan adunan cheese adalah bergantung kepada saiz bekas yang digunakan.

SELAMAT MENCUBA!!!

3 comments on "Marble Choc Cheesecake & Tiramisu"

Shaza on August 18, 2009 1:26 AM said...

sedapnya tgk kek ni.. dh lm xmkn kek berasaskan coklat... :-)

D@puR D@n OvEn on August 18, 2009 2:48 AM said...

Trylah buat Shaza... jery ada bg resepi kt sini.. konpom sedap..hehehe

hijriah-hidayad-hiwayat on August 20, 2009 1:13 AM said...

sedapnya nampak cheesechoc tu...nyum...nyum

 

Bakelicious By Dapur & Oven Copyright 2009 Sweet Cupcake Designed by Ipiet Templates Image by Tadpole's Notez