Sunday, August 23, 2009

Menu Berbuka 1 Ramadhan

Posted by Photo Journey & Dapur & Oven at Sunday, August 23, 2009
Inilah menu untuk berbuka kami semalam. Semua aku masak sendiri. Macam semangat jer nak masak utk 1st puasa. Masuk daour dari kul 4 ptg, kul 6 dah siap. emmm ceptlah plak. Tu yang suh Hubby amik gmbr makanan ni.

Ni ikan bakar resepiku sendiri. Selalu kalau nak bakar ikan lapik daun pisang, tapi aku lapik kobis. Tersangatlah sedap coz kobis pun leh mkn n kobis ni ada rasa manis2 sket bila dibakar ngn ikan. Terpikir nak lapik ngn kobis ni waktu aku kt UTM lagi. Dah susah sgt nak dptkan daun pisang, kobislah jadi mangsa. hehehe. Aku guna ikan cencaru belah 2, bakar ngn kobis. dalam kuali(letak miyak skit). Untuk sambal dia lak, tumbuk bawang merah 2 ulas dgn bawang putih 3 ulas. Serai sebatang diketuk. Tumis bawang sehingga wangi, masukkan serai, masukkan 4 sudu besar cili kisar, tumis hingga naik minyak, masukkan sedikit air, masukkan daun limau purut dan asam keping, garam dan sedikt gula. Masak sampai mendidih dan sedikit kering. Pastu curahkan atas ikan dan kobis tadi. Nak makan perah asam limau dulu baru best.

Kangkung Goreng Belacan. My favourite

Ini plak Kuih Bakar yang sgt sedap. Favourite Hubbyku. Resepinya sgt senang. Last aku buat kuih ni bulan posa tahun lepas. Lama dah tak buat. Sib baik jadi dan sedap. Aku buat separuh jer dari resepi ni coz aku mkn berdua jer.


Resepi: Kuih Bakar
Sumber: joayee My Resipi

Bahan-Bahan (6 org mkn)
1 cawan gula
1 cawan jus pandan (atau air + esen pandan)
2 cawan tepung gandum
2 1/4 cawan santan
2 sudu kecil butter
3 biji telur
1/2 sudu kecil garam
kolor hijau
Bijan.

Cara-Cara
1. Campurkan semua bahan, blend sampai sebati
2. Masukkan s sudu kecil minyak dalam loyang
3. Panaskan loyang dalam Oven bila minyak dah panas, masukkan semua bhn yang diblend tadi ke dalam loyang. Taburkan bijan bakar dan bakar pada suhu 180 C sampai brown / garing

2 comments on "Menu Berbuka 1 Ramadhan"

e i c a h on August 23, 2009 8:48 PM said...

pacah liuq tgk ikan bakar tu..nanti nak try lah..nanti tu tak tau bila..huhuhuu..

D@puR D@n OvEn on August 24, 2009 8:25 AM said...

Try jgn tak try.. Sgt senang dan sedap...

 

Bakelicious By Dapur & Oven Copyright 2009 Sweet Cupcake Designed by Ipiet Templates Image by Tadpole's Notez