Wednesday, August 12, 2009

MomBloggersPlanet Cutest Baby with TOYS Contest

Posted by Photo Journey & Dapur & Oven at Wednesday, August 12, 2009





Salam semua..... Kali ni nak update berkenaan dengan Irdina pulak... MomBloggersPlanet ada anjurkan contest.. Tiap-tiap bulan MomBloggersPlanet ni anjurkan. Untuk Bulan ni (August09), MomBloggersPlanet anjurkan Cutest Baby with Toy Contest. Ini julung2 kali Irdina masuk contest. Menang kalah lain cerita, yang penting join contest dulu. Sambil-sambil tu boleh kenal-kenal dengan Blogger-bloger yang lain...

Nama Peserta: Nur Irdina Delisha Binti Mohd Nuruli Azahari
Tarikh Lahir: 16/04/2008


Irdina dan kesayangannya..Mickey Mouse. Beli kat kedai 7-Eleven kat Kota Bharu. Kami singgah 7-Eleven ni untuk beli air, sedang papanya tengah pilih air, Irdina dah terpandang rak yang ada Mickey, terus ambil dan tak nak lepas dah. Dia punyalah cium dan peluk Mickey ni sampai tak nak bagi cashier scan untuk bayar. Part yang Irdina suka ialah part hidung tulah.... suka betul dia gigit hidung Mickey tu... Sejak beli Mickey tu, baru mama tahu Irdina sangat suka kan Mickey dan Minnie Mouse. Kalau pakai baju yang ada Mickey atau Minnie, memang Irdina sangatlah suka dan mulalah sengih jer. Kalau jalan-jalan kat Shopping Complex pun sama gak, kalau jumpa Minnie atau Mickey, Irdina akan peluk dan cium berkali-kali dan tak nak lepas pulak tu.... Masa tukar pampers, kalau nak Irdina duduk diam-diam, bagi jer Mickey atau Minnie kat dia, tentu dia asyik dok sayang-sayang dan gigit hidung. Senang kerja mama nak tukar pampers.... Mickey Mouse ni memang bermakna sangat sebab masa nilah dia yan g baru 7 bulan waktu beli tu, dah pandai tunjuk nak dan pandai sayang kat toys.

Irdina sangat suka bola-bola ni sebab ada Mickey Mouse. Apa saja yang berkaitan dengan Mickey atau Minnie, Irdina akan suka. Bola ni kalau picit ia akan berbunyi macam hon. Lagilah excited sikecik ni. Irdina suka main baling-baling bola dan kalau dia nak main bola, dia akan datang kat kita dan tunjuk bola. Itu bermakna dia nak main baling-balinglah tu...

Ini Music Book Irdina. Nama Music Book ni ialah Storybook Rhymes dari Fisher Price. Dalam ni ada 6 buah lagu kanak-kanak yang menghiburkan seperti I Went To The Animal Fair, The Ants Go Marching, Row,Row,Row Your Boat, One Two Buckle My Shoe, Hickory Dickory Dock & Pat-a-Cake,Pat-a-Cake. Sampai lagi ni dok main dalam kepala mama & papa. Setiap hari Irdina memang Irdina akan suruh mama nyanyi lagu dalam buku ni. Kalau Irdina tak boleh tidur pun mama akan nyanyi lagu-lagu ni untuk Irdina.

Inilah sebakul Irdina dengan toys dia...

Write your opinion about the usage of TOYS in early childhood learning

Memberikan mainan sangatlah penting bagi pertumbuhan dan perkembangan anak. Melalui bermainlah anak akan belajar (play to learn), tetapi menjadi tugas kita untuk memilih mainan yang baik agar buah hati kita dapat mempelajari banyakbenda ketika bermain. Setiap hari bagi anak kita adalah merupakan pelajaran buat mereka. Aktiviti dan permainan adalah salah satu pelajaran untuk perkembangan otak anak-anak kita. Mainan yang ada tekstur, bentuk dan warna yang menarik serta dapat mengeluarkan suara akan membantu anak meneroka dan belajar. Dengan bermain bersama-sama dengan anak, menyanyi, membaca ini akan mengeratkan lagi hubungan seisi keluarga dan seterusnya akan membuat anak-anak sentiasa riang gembira. Akhir sekali, keselamatan harus diutamakan apabila memilih mainan untuk anak-anak kita dan berpada-padalah dalam membeli permainan untuk anak-anak sebab kita juga tidak boleh terlalu mengikut kehendak anak-anak.

Ini adalah link-link yang menjadikan contest ini satu realiti..... Cayalah dan Terima Kasih banyak kepada LittleMama tuan punya MomBloggersPlanet.


4 comments on "MomBloggersPlanet Cutest Baby with TOYS Contest"

atie on August 12, 2009 9:28 PM said...

salam kak jeri..nak tanya...akak tak buat tempahan biskut raya ker?..heheh

atie on August 13, 2009 5:12 PM said...

lega atie..jangan lupa update yer pasal biskut raya...

Unknown on August 14, 2009 2:16 AM said...

salan kenal..comelnya..meh ke umah..

Photo Journey & Dapur & Oven on August 14, 2009 12:19 PM said...

Kasih atie: Nanti Atie beli byk2 semekut raya ngan akak ye...Confirm semekut raya akak sedap2.hehehe

Miela77: Thanks for drop by n selamat berkenalan..

 

Bakelicious By Dapur & Oven Copyright 2009 Sweet Cupcake Designed by Ipiet Templates Image by Tadpole's Notez