Friday, April 10, 2009

Sheperd Pie

Posted by Photo Journey & Dapur & Oven at Friday, April 10, 2009


Sheperd Pie ni aku buat last week coz lama dah x makan. Resepi ni my ex opismate yang bagi. First time makan yang dia bawak terus mintk resepi coz very the sedap!!! Aku buat 3 pinggan. Sepinggan untuk dimakan kt umah dan 2 pinggan lagi My hubby bawak g opis dia. Sheperd Pie ni sedap makan ngn cili sos. Tapi aku lupa nak attachkan skali sos cili utk hubbyku bawak g opis.
Pastu selasa lepas Opismate my hubby iaitu Wati, Wani, K.Noni n K. Mardiana telah order Sheperd Pie dgn ku. Thank semua sebab order. Harap2 sedapla ye...Aku jual this Sheperd Pie ni dgn harga RM15.00 sepinggan cam dlm gmbr di atas. Kalau sesapa yang teringin bolehla order dgnku ye.. Kalu yang nak cuba buat, aku akan bg resepinya kt bwh. Aku tak kedekut resepi. Lagipun aku buat blog ni pun utk berkongsi resepi dgn semua...



Resepi: Sheperd Pie
Sumber Shima

Bahan-Bahan
Bahan A
400 g daging cincang
1 batang celery (Hiris halus)
1/2 batabg carrot (hiris halus)
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih

Bahan B
2 sudu besar tomato puri
1 sudu besar plum sos
1 sudu besar sos cili

Bahan C
600 g ubi kentang (rebus dgn kulit)
susu
butter
garam
lada hitam

mozarella cheese

Cara-cara
1. Rebus ubi kentang sampai empuk. then, kupas kulitnya dan lenyek.
2. Masukkan sedikit susu, butter, garam dan lada hitam secukup rasa. Aku hentam jer masukkn ni coz dia tak bg sukatan.
3. Tumis bawang putih dan bawang besar sampai naik bau
4. Masukkan daging cincang. Masak sampai empuk
5. Masukkan Bahan B
6. Masukkan celery dan carrot dan garam secukup rasa. Masak separuh kering
7. Untuk jadi pie, mula2 masukkan daging kedalam bekas, then masukkan kentang lenyek dan akhir skali tabur mozarella cheesee kt atas skali.
8. Bakar dalam oven 200 degree selama 20 minit.

SELAMAT MENCUBA!!

4 comments on "Sheperd Pie"

MIK'YAL on April 25, 2009 11:27 AM said...

ur sheperd pie ni mmg best !!sekali hadap ja dah abes . tgk resipi cam mudah nk buat tp apakan daya saya seorg pemalas.maka order ja la kat cik jeri kita ni :-)

Am on May 25, 2009 7:56 PM said...

mintak iZin...nak amik resepi jugak..:)

ayleencutegirl on January 11, 2012 11:33 PM said...

sis.. daging kisar tu boleh tukar ayam tak??

Unknown on January 12, 2016 11:28 PM said...

sedap ni yum2

 

Bakelicious By Dapur & Oven Copyright 2009 Sweet Cupcake Designed by Ipiet Templates Image by Tadpole's Notez