Tuesday, July 28, 2009

Mari Makan Steamboat Di Rumah

Posted by Photo Journey & Dapur & Oven at Tuesday, July 28, 2009 2 comments
Kali ni nak tunjukkan resepi steamboat plak. Kami makan steamboat ni kt umah jer. Periuk steamboat ni sedara aku yg bagi time kami kawen dulu. yang ni baru 2nd time kami pakai. Periuk ni kira 2 in 1 coz kt atas tempat steamboat tu utk grill. Tapi cinonet jerla. Gril udang ngn butter memang best. Aku buat kuah tomyam pekat. Dalam kuah tomyam tu aku letak ayam jer. Menu lain utk steamboat ni adalah variasi fishball, sosej n mee kuning. Sesapa yang nak pinjam periuk steamboat aku, maila umah. Aku leh bagi pinjam. Memang best buat steambot kt umah ni. Lagipun senang skit nak control Irdina yang semakin aktif ni. Kalau sapa2 yang takder periuk ni, boleh gak guna rice cooker cam K. rinchan buat. Ok jugak...


Ni Resepi amik kt Fotopages K. hanieliza. Aku masak tomyam pakai hentam jer. Tu yang susah nak bg resepi.

Resepi: Tomyam
Sumber: Hanieliza

Bahan-Bahan
2 ekor kerangka ayam (potong kecil)
500 g ayam (potong kecil)
3 biji tomato dibelah 4
2 biji bawang besar (dihiris)
2 batang serai diketuk
1 sudu besar pes tomyam
1 batang celery (potong kecil)
3 helai daun limau purut
air dan garam secukupnya
2 biji jus limau nipis
1 pokok daun ketumbar (cincang)

Cara-cara
1. Masukkan semua bahan keculai limau nipis dan daun ketumbar dan renehkan selama satu jam
2. Masukkan dalam steamboat pot dan rebuskan dengan chicken ball, fishball etc

Sos Pencicah
10 tangkai cili kering
1 s/b udang kering
2 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
2/sb oren sunquick

Bahan Tumis
minyak
gula
garam

Cara-Cara
1. Mesin semua bahan dan tumiskan ngn sedikit minyak
2. bila telah wangi masukkan gula dan garam
3. kacau rata dan bila nampak agak pekat boleh angkat dan hidangkan

Wednesday, July 22, 2009

Kek-Kek Terkumpul

Posted by Photo Journey & Dapur & Oven at Wednesday, July 22, 2009 0 comments
Lama dah tak update pasal kek ni. Almaklumla.. penyakit 'M' dok ada lagi ni... Malas nak karang panjang2, tengok jerla piccass kek ni ye!! :)

Choc Moist Cake ni order dari Adnin. Thanks ye Adnin coz sudi lagi order ngn jeri

Kek Keladi order dari Hijriah utk besday anak sedaranya. Thanks Hijriah ye.. Len kali orderlah lagi....:-)

Marble Cheese Brownies ni order dari kawanku Jura sesambil dtg amik album kawen dia. Nak order kek lagi maila Kulim plak ye..

Cupcakes aku buat utk Nana (opismate Hubbyku) as present sempena majlis pertunangannya. Selamat Bertunang Nana..

Ni aku buat saja2 nak belajar deko mendeko

Resepi kali ni adalah Butter Cake yang sgt sedap..hehehe


Resepi: Kek Mentega Elite
Sumber: My Resipi

Bahan-Bahan
Bahan A
250 g self raising flour
40 g susu tepung
200 g mentega

Bahan B
5 biji telur
200 g gula kastor @ 160 g gula pasir
1 sudu kecil esen vanilla

Cara-Cara
1. Bahan A dipukul hingga sebati
2. Bahan B dipukul hingga sebati
3. Masukkan bahan B ke dalam bahan A. Gaul sebati
4. Bakar dalam loyang yang telah dilenser mentega/minyak selama 35 minit suhu 180c. Pastika adunan diisi separuh loyang

Kek ni senang sgt nak buat dan sgt sedap.. so, selamat mencuba!!!

Wednesday, July 15, 2009

Picnic:Taman Negara Pulau Pinang

Posted by Photo Journey & Dapur & Oven at Wednesday, July 15, 2009 2 comments
Huh... sekarang ni aku mengalami krisis kemalasan yang terlampau... Aktiviti berjemur di pantai pd tengah hari buta ni dh beberapa minggu berlaku, barulah aku tergerak hati nak upload gambar. Waktu ni cuaca memang panas yang teramat sampai kulit Irdina pun dh gelap. Terima Kasih kt Amil coz arrange picnic ni. Best sangat sekali-sekala bersosial cam ni. Setiap orang bawa makanan yang berlainan. Semuanya sedap2. Kami pegi ke pantai ni naik bot dari jeti Taman Negara. Tak sampai 5 minit pun naik bot. Tapi kalau jalan ni, memang letihla ngan anak n makanan lagi. Tapi yang tak bestnya time balik.... ada ke pakcik bot tu tinggalkan kitaorang kt perahu yang nelayan gunakan utk tangkap ikan dgn baunya hanyir ikan menusuk hidung n pastu plak kene panjat tangga yang hanya macam besi buruk. Aku takut jer Irdina, Eryna n Safwan jatuh dalam air. Pakcik tu tak pikir ke yang kitaorang ni ada 3 org baby. Kalau takder baby bolehla dipertimbangkan lagi. Pastu ngn aku yang pakai selipar nak panjat besi buruk yang licin tu ngn henbet isi segala macam stuff Irdina. Hadoi!!!! Semua ingatkan pas keluar dr bot, terus sampai ke darat, tapi kene panjat besi buruk n lalu jeti kayu yang senget sebelah n bagai nak tumbang. Afzal plak suruh Elia jalan dulu ngan dukung Eryna pastu bawak plak beg tilam Eryna yang besar. Aku plak kene ikut elia dr belakang sambil dukung Irdina diikuti Adnin n Ijan (adik Adnin). Rasa panjang sgt jeti tu nak bulih sampai ke darat. Tuhan saja yang tahu camna perasaan aku masa tu. Dup dap dup dap!!! Aku dah serik g sana. Tak mau g lagi!!!! Inilah pengalamanku yang paling tragik.. Sekian terima kasih......

Safwan tercengang tengok kakak Irdina buat muka busuk

Adnin masa dalam bot.

safwan si Mr Serius n his mama

Ni baru nampak dia senyum skit

This is Puteri Eryna Dahlia.. very cute little girl. I like this pic!!

Irdina makan bihun sampai atas kepala.


Budak yang suka sgt ngn air


Papa Irdina yang dah penat melayan Irdina

Teddy bear Irdina. Kalau ngan Reza, senang jer dia lentok

K.wana yang masih ayu walau di mana saja dia berada

Ali yang sangat terrer amik gambar

Inilah jeti horror yang kami kene lalu tu... Ngeri!!!

Tuesday, July 7, 2009

Happy 11th Anniversary!!!

Posted by Photo Journey & Dapur & Oven at Tuesday, July 07, 2009 9 comments
Ini bukan Wedding Anniversary...tapi Couple Anniversary bagi kami berdua... Tak sangka dah 11 tahun kami couple... Dari form 5 sampai skang ni, sikit pun tak berubah perasaan ni. Untuk Ayang ... Happy Anniversary.. Moga cinta kita kekal hingga ke akhirat. Saya sayang n cinta Ayang sepenuh hati saya.. Thank you Ayang coz tak jemu sayang saya sampai kehari ni. Love You so much.. mmmmmmuuuuaaaaahhhh!!!
Ni gambar kami waktu nak exam SPM 1998

Gambar ni sehari pas kawen
 

Bakelicious By Dapur & Oven Copyright 2009 Sweet Cupcake Designed by Ipiet Templates Image by Tadpole's Notez