Tuesday, November 10, 2009

Majlis Hari Raya KTC Golf View

Posted by Photo Journey & Dapur & Oven at Tuesday, November 10, 2009
Lama sungguh tak update blog. Sebab utama laptop rosak & My Hubby dah format pun stil ok x ok, then semua gambar dok dlm hard disk, pastu mls nak kacau hubby edit gambar. Sebab kedua apalagi..kemalasan melanda & sibuk dok bercucuk tanam kt Facebook..:)). Banyak gambar kek yang tak di update. Majlis Hari Raya ni diadakan untuk penduduk KTC Golf View pada 18/10/09 (Ahad). Lama dah berlalu majlis ni. Every year diaorang buat majlis ni. So, time nilah nak kenal2 antara satu sama lain. Memang meriah majlis ni siap ada cabutan bertuah lagi. Kali ni kami sgtlah bertuah dpt hamper. Seronok bkn main. Untuk majlis ni aku buat Peach Layer Cake & Kek Keladi. Semua org ingat aku beli kek tu, cam tak percaya jer aku yang buat. Makanan yang terhidang bukan main byk lg, ada Nasi Dagang yg sedap, Laksa memang tak tinggal bg org utara ni (Menu Wajib), ada Lemang, Ketupat Pulut, Roti Jala, Spaghetti, Mee goreng, Bihun Goreng, Rendang dan bermacam lagi makanan sampai aku pun dah lupa. Yang bestnya Peach Layer Cake aku yang habis dulu dan semua org ckp sedap. Kalau sedap boleh orderlah ye...

Inilah dia Pengerusi Majlis

Ni tuan rumah suami isteri, Si suami dpt cabutan bertuah dari tgn isteri sendiri...

Irdina tengah kusyuk tengok org dapat hamper

Antara yang bertuah

The DJ

Udeng & Wife (Wati) & Sofea & Yusuf yang baru sampai

Ni Jiran kami & kawan2 Irdina (Nuha & K.Ngah). Atuk & nenek diaorang ada kedai kayu jati kt rumah kedai kt tepi stadium Kulim. Lupala nama kedai tu. Umah diaorang ngn atuk & nenek diaorang ni sebelah menyebelah jer. Perabut umah diaorang semua kayu jati. Best betul...

Inilah Peach Layer cake untuk Majlis ni

Kek Keladi satu order dari Fahrul utk farewell kt opis dan satu lg utk majlis hari raya ni.

Ini selingan...Butir Nangka simple...

Butir Nangka ni favourite My Hubby

Resepi: Butir Nangka

Aku main belasah jer ikut suka sukatannya
Bahan-bahan
Bahan A
Santan
Gula
Biji halba
Daun pandan

Bahan B
Tepung Pulut
Air Pandan

Cara-Cara
1. Masukkan Bahan A kedalam periuk then masak atas api sederhana
2. Gaul bahan B, kalau melekat kt tangan tambah tepung pulut lg
3. Gentel kecik2 dan terus masukkan dlm periuk tadi. Buat sampai habis, sambil kacau2 sedikit
4. Bila butir nangka dah terapung tu dah masak la tu.

4 comments on "Majlis Hari Raya KTC Golf View"

kucinbelemoih on November 10, 2009 7:01 PM said...

meriahnya sampai ada DJ ngan equipment yg mcm2 tu lah. heheh..btw, thank you so much for the choc Jerry. buat susah2 ja. malu saya..hehe..

D@puR D@n OvEn on November 11, 2009 12:55 AM said...

memang meriah sgt..Diaorang ni every year buat. Alaaa.. tak susahlah coklat compound jer tu. hehehe

mariam on November 12, 2009 5:03 AM said...

peach layer cake tu mmg sedap...rugi sapa tk mkn...hihihihi

D@puR D@n OvEn on November 12, 2009 10:50 AM said...

hehehe...thanks Mariam..

 

Bakelicious By Dapur & Oven Copyright 2009 Sweet Cupcake Designed by Ipiet Templates Image by Tadpole's Notez