Thursday, July 22, 2010

Biskut Raya 2010

Posted by Photo Journey & Dapur & Oven at Thursday, July 22, 2010
Memperkenalkan koleksi Biskut Raya utk tahun ni.. Semuanya sedap2 belaka. Kepada yang ingin try sample, sila jgn segan2 dtg ke rumah ku di KTC Golf View, Kulim. Silalah order sebalang dua ye. Kepada yang jauh khidmat penghantaran ke Seluruh Malaysia disediakan.

Biskut pertama Kashmir Cookies. Biskut bukan aku yang buat, Aku tlg jual sebab biskut seeeddaaaaap sgt!!!!. satu balang satu hari jer kami mkn. Memang puas hati. biskut diperbuat dari pure butter. Cuma RM25.00 jer utk 50 biji. Memang berbaloi2

Kuih Raya yang kedua & seterusnya memang original dari Dapur & Oven. My Homemade Cookies utk tahun ni.
Coklat Compound dengan almond sebiji di dalamnya. Pasti memberikan kelainan di hari raya nnti.

Oreo Black Beauty dibuat dari biskut oreo dan ditabir dngan serbuk oreo kt atas biskut & dikelilingi ngn White Compound Choc. Sgt rangup, makan satu mesti nak lagi.

My Almond London dengn Almond sebiji di dalamnya. Almond ni dipanggang rangup, disaluti biskut yang rangup jugak & dicurahkan pulak dengan coklat masakan yang dicampur dgn cocoa butter, Biasanya topping coklat utk almond london ni, org campur ngn shortening, tapi aku guna cocoa butter utk menyedapkannya lg.

Biskut Butterku yang lembut tp rangup, sgtlah best biskut ni.Bila makan anda akan terasa aroma butter yang sgt wangi.

Tart yang diberi nafas baru, berintikan blueberry kt dalamnya. Biskut kt luarnya lembut & bila makan terasa blueberry

Biskut klasik. My favourite sepanjang masa. Biskut ni sgt lembut & cair dimulut. Tak terasa memakanya

Setiap rumah mesti ada biskut ni. Menjadi favourite. Biskut yang sgt lembut & jam nenas yang tak terlalu manis. Sgt sedap...

3 comments on "Biskut Raya 2010"

EyeDa on August 07, 2010 10:40 AM said...

Kak Jerry...saya nk order biskut oreo tu bole?2 balang. Cmana nk place order ek?bole amik kt Nuli trus kan? - Aida Irdayu :)

D@puR D@n OvEn on August 07, 2010 12:29 PM said...

Boleh jer Aida.. ok noted.. nnti a week b4 raya, amik kt Nuli ye.

EyeDa on August 10, 2010 6:59 AM said...

ok cantekkk...reserve RM36 utk kuih iteww. Thanks kak

 

Bakelicious By Dapur & Oven Copyright 2009 Sweet Cupcake Designed by Ipiet Templates Image by Tadpole's Notez